Perang salib baru' Barat berpihak kepada Islam
DUBAI, 21 Feb. - Orang nombor dua dalam kumpulan Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri memberi amaran bahawa kuasa Barat akan mengalami kekalahan dalam `perang salib baru' mereka terhadap dunia Islam.
Kuasa Barat juga tegasnya akan menghadapi kejatuhan ekonomi dan mengalami musibah kematian dengan jumlah yang ramai, katanya dalam kenyataan video yang disiarkan oleh stesen Al-Jazeera, semalam.
``Perang salib baru anda akan tamat, Insya-Allah, sama dengan kekalahan yang dialami oleh waris-waris mereka sebelum ini, tetapi ia hanya terjadi selepas anda semua mengalami penderitaan dan kemusnahan ekonomi,'' kata Zawahiri.
Mesej yang dibuat sempena tahun ketiga penahanan Islam di Teluk Guantanamo, Cuba itu turut mengecam usaha Amerika Syarikat (AS) mengadakan pembaharuan di dunia Arab dan Islam.
Katanya, realiti yang ditunjukkan di kem tahanan Teluk Guantanamo mencerminkan hakikat pembaharuan dan demokrasi yang selalu digembar-gemburkan oleh AS di negara terbabit.
Beliau menegaskan, AS perlu melaksanakan pembaharuan di penjara kendaliannya di Cuba, Afghanistan dan Abu Gharib di Iraq, tempat tentera negara itu melakukan kekejaman terhadap para tahanan sehingga mengejutkan dunia.
Tambahnya, pembaharuan yang diperkatakan itu diperkenalkan melalui pengeboman dan tembakan peluru berpandu serta melantik pemimpin seperti Hamid Karzai (Afghanistan) dan Iyad Allawi (Iraq).
``Jika anda orang Barat fikir pembentukan kerajaan kadbod seperti ini akan menyelamatkan anda dari kami, maka itu adalah satu kesilapan,'' ujarnya.
Zahawiri yang dikehendaki oleh AS dipercayai bersembunyi di kawasan sempadan Pakistan-Afghanistan.
Ia merupakan kenyataan kedua beliau dalam tempoh sepuluh hari apabila Zawahiri mengecam konsep kebebasan yang ditaja oleh AS bertujuan untuk merosakkan dunia Islam. - AFP

0 Comments:
Post a Comment
<< Home