Tuesday, February 22, 2005

Isu JAWI : Disko Zouk Diserbu , Haniff Basree?

Oleh : Cucu Mat Kilau

Ramai yang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya, siapakah dua orang anak menteri UMNO yang Cucu maksudkan itu. Apapun SB Cucu masih melakukan penyiasatan terperinci untuk mendapatkan bukti tersebut, kerana Cucu tidak mahu maklumat Cucu itu nanti berlaku kesilapan dan sebagainya.

Dalam banyak-banyak email yang diterima, Cucu amat tertarik dengan satu email yang dikirimkan oleh pengirim yang menggelarkan dirinya "Cenderawasih". Antara lain beliau amat berharap agar pihak JAWI lebih profesional dan tidak "Double-Standard" dalam isu yang melibatkan persoalan penguatkuasaan agama sebenarnya.

Katanya, JAWI begitu berani untuk menyerbu sebuah disko bagi menangkap para remaja yang kononya melakukan kesalahan maksiat yang belum tentu lagi dibuktikan di mahkamah syariah. Sebaliknya dalam satu kes maksiat yang lain, JAWI mengambil sikap berdiam diri malahan tidak berani untuk mendakwa individu terbabit.

Dalam kes Noritta misalnya, Hanif Basree yang berjaya melepaskan diri dari tuduhan membunuh gadis tersebut secara terang-terangan mengaku beliau telah banyak kali melakukan "persetubuhan haram" datau "berzina" dengan Noritta. Bukti saintifik jelas menunjukkan "air mani" Hanif Basree juga banyak terdapat pada kemaluan Noritta pada hari terakhir beliau dijumpai mati. Ini bermakna sudah ada "prima-facie" untuk pihak JAWI menangkap dan mendakwa Hanif Basree atas kesalahan berzina ! Namun apakah yang dilakukan oleh JAWI ?

Kenapakh pegawai penguatkuasa JAWI yang sanggup bertindak berani menyerbu disko Zouk itu, tidak berani untuk menyerbu seorang manusia seperti Hanif Basree. Bahkan hanif tampak gembira dan berbangga dengan apa yang berlaku. Apa yang lebih menyedihkan lagi, beliau buka sahaja terlepas dasripada hukuman dari makkamah sivil, tetapi juga dari mahkamah syariah !!. Mengapakah ini boleh berlaku dalam sebuah negara seperti Malaysia ini?

Bukankah pihah JAWI juga harus bertanggung jawab akan perkara seperti ini demi menyelamat maruah agama, bangsa dan negara tercinta. Sikap Hanif yang angguh dan sombong dengan membuat pengakuan secara terbuka di mahkamah yang beliau telah beberapa kali bersetubuh dengan Noritta jelas merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam di negara ini. Bagi beliau dengan pengakuannya itu, seluruh rakyat akan memandang tinggi imej dan maruah beliau. Bahkan ketika di mahkamah beliau juga mendapat sokongan dari kalangan keluarga, sahabat handai dan rakan taulan yang mengucapkan syabas dan tahniah apabila beliau terlepas dari hukuman.

Jika JAWI benar-benar menjalankan tugas "amal makruf nahi mungkar" sudah pastinya, selepas Hanif dibebaskan dari tuduhan pertama belia itu, beliau terus divekup pula oleh JAWI untuk mendakwa Hanif atas kesalahan "berzina", seperti yang berlaku dalam beberapa kes mahkamah sebelum ini. Apakah pihak JAWI menganggap pengakuan ZINA Haniff itu adalah pengakuan biasa dan tidak menyalahi hukum agama !!!

Maka Cucu menyarankan supaya JAWI lebih bersikap profesional dalam menangani sesuatu isu selepas ini. Jangan hanya menutup sebelah mata sahaja, bila ianya berlaku terhadap seorang manusia seperti Haniff Basree itu.

Terima kasih Cucu ucapkan kepada saudara Cenderawasih atas informasi ini. Harapan Cucu semoga artikel ini akan mendapat respon daripada pihak JAWI sendiri, demi menjaga keharmonian dan kesucian agama Islam selepas ini. Apalah makna penguatkuasaan dan undang-undang , jika ianya tidak seralas dan seragam. Itu belu lagi Cucu membongkar kisah JAWI hanya menjalankan operasi cegah maksiat dihotel murahan di Kuala Lumpur, sebaliknya akur dan tidak berani untuk mengadakan penyiasatan dan memeriksa maksiat yang berlaku di hotel-hotel yang "standard" dan bertaraf bintang terutamanya yang terletak di kawasan Segitiga Emas di kotaraya itu.


Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Anak Watan Jengka

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com