Pemuda PAS kesal pemimpin negara menyebelahi pelaku maksiat
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Konsep Islam Hadhari yang dicanang Perdana Menteri, Dato' Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi hari ini tidak bermakna selagi pemimpin di negara ini menyebelahi pelaku-pelaku maksiat sehingga melahirkan remaja yang tidak bermoral.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Riduan Mohd Noor melahirkan kekesalannya dan berkata, sikap kurang ajar remaja Melayu mempersoalkan tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas mereka dengan kesalahan melakukan maksiat telah mendapat pengiktirafan pemimpin Umno.
"Apa tidaknya, remaja (termasuk beberapa selebriti) tanpa rasa bersalah mengecam dan menghina Islam dalam keadaan mereka ditahan kerana melakukan maksiat,"kata Ustaz Riduan.
Bermula dengan kes ratu cantik, The Ship dan kini Jeslina
Kata Ustaz Riduan, sebagai contoh dalam kes Jeslina Hashim yang ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) pada 13 Januari 2005 di Kelab The Zouk, Jalan Ampang.
Tambahnya, selepas penahanan itu beberapa pemimpin tertinggi Umno melontarkan kecaman terhadap Jawi termasuklah mempertikaikan penguatkuasaan yang mereka jalankan.
Kes pembelaan terhadap Jeslina itu bukan hanya satu contoh sahaja , malah sebelum ini katanya pemimpin Umno seperti dalam kes bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom dengan ratu cantik.
Pemimpin Umno ketika itu menyebelahi ratu cantik malah mempertahankan tindakan mendedah tubuh badan pelaku maksiat itu sebaliknya memecat Dato' Ishak dari jawatannya.
Selepas itu, negara digemparkan lagi dengan isu penahanan beberapa remaja yang berkelakuan tidak sopan di Kelab Malam The Ship beberapa tahun lalu.
Ketika itu penguatkuasa turut menjadi mangsa akibat campurtangan pemimpin Umno menekan pihak yang melaksanakan undang-undang Islam ke atas pesalah maksiat.
Pemimpin Umno membela pesalah maksiat
Katanya, sikap buruk pemimpin Umno yang mengagungkan pesalah maksiat sebenarnya menggambarkan kehendak yang cuba diterapkan dalam konsep Islam Hadhari yang dilaung Abdullah.
"Inilah gambaran sebenar Islam Hadhari yang mana Islam yang mereka pakai hanya sekerat-sekerat sahaja, bila ada musibah baru nak ingat, tetapi selepas itu kembali kepada kemungkaran dan kemaksiatan,"kata Ustaz Riduan.
Pembelaan yang diterima pelaku maksiat dan penghinaan yang dilemparkan kepada penguatkuasa Jawi pula sedikit sebanyak akan memberi implikasi buruk kepada moral masyarakat.
Ujar Riduan, selepas ini masyarakat terutamanya remaja tidak akan segan silu atau takut lagi kepada penguatkuasa untuk mereka membuat maksiat atau perzinaan.
Gambaran buruk yang dilontarkan media terhadap Jawi memberi kesan langsung kepada kewibawaan badan perundangan Islam itu dalam melaksanakan syariat di negara ini.
Sambil menyifatkan tindakan itu merupakan kebejatan akhlak ummah Ustaz Riduan berkata, telah tiba masanya semua pihak yang cintakan Islam bangun untuk menghalang usaha menyuburkan maksiat yang dibenarkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, selagi masyarakat berdiam diri, Islam tetap akan terus dipandang hina oleh pemimpin Umno yang bertopengkan Islam Hadhari.
Pada hakikatnya, pemimpin Umno tidak mahu kepada Islam malah mereka mahu budaya maksiat terus subur di muka bumi Malaysia.
Islam Hadhari lahirkan Kuala Lumpur bandar raya seks
Selain itu, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan Abdullah sedikitpun tidak menggambarkan hakikat pemerintahan dan kehidupan Islam yang sebenar.
Kata Ustaz Riduan, kewujudan aktiviti perniagaan seks di Kuala Lumpur seperti di Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Lorong Haji Taib, Jalan Petaling, hotel-hotel persinggahan dan rumah-rumah urut memberi imej buruk kepada Malaysia.
Menurutnya, Pemuda PAS Wilayah telah membuat beberapa tinjauan dan kajian di beberapa lokasi terbabit dan mendapati benarlah tempat-tempat tersebut menjalankan aktiviti berniaga 'seks'.
Kemungkaran tersebut katanya menjadi apabila hari ini menurut International Labour Organisation (ILO), Kuala Lumpur telah menjadi pusat pelacuran yang lebih besar dari negara Thailand.
Kata Ustaz Riduan, selepas Thailand dirundung tsunami, masyarakat dunia beralih arah ke Kuala Lumpur untuk menikmati 'pelancongan seks' di sini.
Bagaimanapun, senario tersebut sedikitpun tidak diendahkan pemerintah malah dibiarkan berkembang subur sebagai daya usaha tarikan pelancong.
Pemuda PAS Wilayah katanya sekali lagi kesal, konsep Islam Hadhari Umno/BN nyata tidak menghalang aktiviti dagangan seks termasuk kemasukan pelacur dari China, Filipina, Thailand dan Indonesia yang bermaharajalela.
"Abdullah perlu menjawab semua masalah ini.Apakah Islam Hadharinya mengizinkan semua ini berlaku?,"soal Ustaz Riduan.
Justeru beliau mengingatkan seluruh masyarakat agar segera bangkit menentang segala kemungkaran yang sedang dan telah berlaku di negara ini.
Katanya, ummah perlu kembali kepada pengertian dan konsep Islam yang sebenar dan bukannya Islam ciptaan Umno yang dilihat hanya untuk kepentingan politik mereka. - mks.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home