Tuesday, February 22, 2005

Buku Presiden PAS buatkan Umno bagai cacing kepanasan

Oleh Mohd Sabri Said.

PADANG SERAI, 22 Feb (Hrkh)- Terbitnya buku 'Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadhari' karangan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang membuatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagaikan cacing kepanasan, kata Naib Presiden PAS, Azizan Abdul Razak.

Umno, katanya, terpaksa menganjurkan program mendekati rakyat seolah-olah sudah dekat benar dengan pilihan raya umum.
Katanya, program 'Gah Kedah' yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kubang Rotan semalam penuh dengan pujian terhadap kerajaan BN sekarang kerana berjaya memulihkan kekuatan Kedah untuk menjadi kubu kuat Umno.

"Terbitnya jawapan kita melalui Hadharah Islamiyah sekali gus membuatkan mereka tidak senang duduk macam cacing kepanasan. Siang dan malam dekati rakyat bimbang pengaruh mereka kurang semula, " tegas Azizan.

Akhirnya BN mendapati konsep Islam Hadhari yang dihebahkan memakam diri kerana semakin hari berlaku gejala yang bertentangan dengan konsep tersebut, ujarnya.

"Setiap hari rakyat boleh menilai adakah Islam yang diwar-warkan oleh kerajaan membolehkan konsert, ratu cantik, ratu kebaya nyonya dan sebagainya, " terang beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Katanya, melalui 'Gah Kedah' juga, mereka memaksa setiap sekolah menyediakan sekawah bubur As-Syura hasil kutipan wang ibubapa melalui murid-murid.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Padang Serai, Sabri Ismail dalam ucapannya mengajak orang ramai menyertai Program Karnival PAS Kawasan pada 11, 12 dan 13 Mac 2005.

Malam pertama Naib Presiden PAS, Dato' Dr. Hasan Ali akan digandingkan dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar Malam kedua merupakan 'Malam Kesenian' oleh Ustaz Akil Hai Rawa manakala malam terakhir dibarisi ahli panel Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayob dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Haji Mohamad Sabu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com