Mahkamah Rimba UMNO Selamatkan Dinosaur UMNO
Tindakkan segelintir pimpinan UMNO pada hari ini semakin membingungkan ahli – ahli UMNO. Tindakan Ketua Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Alhabshee mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin UMNO benar – benar mencabar kewibawaan pimpinan tertinggi mereka.
Tidak cukup dengan itu, terdapat juga beberapa tuduhan pengamalan politik wang yang melibatkan pimpinan tertinggi seperti Tan Sri Isa Samad, Muhyiddin Yassin dan Mohamad Ali Rustam telah dilontarkan. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu.
Namun apa yang pasti, bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT), kalau tiada angin takkanlah pokok bisa bergoyang. Amat memalukan bila mana isu Politik Wang yang menjadi isu dalaman parti UMNO dijaja ke seluruh Negara, sekaligus membuka pekung yang telah lama menguliti roh perjuangan UMNO.
Bagi menutup mulut Zaid dan Syed Ali, pimpinan Tertinggi UMNO memberikan lampu hijau kepada Lembaga Disiplin UMNO bagi mendakwa dan menghukum ahli UMNO yang mempertikaikan ketelusan Lembaga tersebut. Tindakan itu sekaligus dilihat sebagai strategi Pintu Belakang yang mana ianya telah berjaya menyembunyikan kepincangan dan ketamakkan pimpinan tertinggi UMNO.
Pak lah pernah berkata, bahawa beliau akan memerangi rasuah hingga ke akar umbi. Kata – kata itu direalisasikan dengan menghukumi ahli – ahli bawahan UMNO yang kononnya terlibat dalam Politik wang tanpa menyentuh mana – mana pucuk pimpinan tertinggi. Bagaimana dengan pucuk pimpinan UMNO. Benarkah hanya Umbinya sahaja yang mengamalkan rasuah? Sungguh luar biasa bagi kita melihat pokok perjuangan UMNO yang Umbinya busuk dan berkulat bisa melahirkan pucuk pimpinan yang subur dan bersih.
Kita juga hairan, bila mana senarai kebanyakkan mereka yang didapati bersalah mengamalkan politik wang adalah dari kalangan mereka yang kalah dalam pemilihan UMNO tahun lepas. Sungguh kelakar bunyinya. Bagaimana mereka yang lain boleh menang? Amat janggal bagi kita bila mana orang yang dah keluar duit beribu boleh kalah pada orang yang mendakwa diri mereka sebagai ‘Mr. clean’. Perkara sebegitu hanya layak berlaku diluar Parti UMNO dan itu bukanlah tradisi ahli UMNO untuk memenangkan orang yang tak menghulurkan duit ke poket mereka.
Seterusnya, tindakkan menilai semula Etika Keahlian UMNO yang diperkenalkan pada tahun 2001 berhubung politik wang dan pantang-larang semasa pemilihan parti benar – benar membuktikan bahawa UMNO memang diambang kehancuran.
Tidak cukup dengan itu, saranan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Ghafar Baba agar Jawatan dalam UMNO dilelong telah menambahkan lagi derita UMNO. Sememangnya UMNO kini berhadapan dengan skandal rasuah yang maha dahsyat dan tidak pernah dilihat oleh Tunku Abdul Rahman atau pun Tun Razak dan Tun Hussein Onn.
Bagi mengelabui mata masyarakat, Pak Lah menukarkan perkataan rasuah kepada POLITIK WANG. Tindakkan itu umpama menutup najis gajah dengan tapak tangan yang akhirnya disapu ke muka sendiri. Politik sempit yang dimainkan oleh Pak lah dalam menyekat Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk membuat siasatan pula, telah dilihat sebagai tindakan tidak profesional.
Nyata sekali bahawa beliau amat takut dengan masa depan yang bakal dilalui UMNO bila mana hampir ke semua pimpinan tertinggi UMNO akan di siasat jika BPR dibenarkan bertindak.
Justeru itu, DPPKT ingin mengajak semua pengundi di Parlimen Titiwangsa pada hari ini memikirkan akan kerelevenan UMNO untuk mewakili mereka di Parlimen. Datuk Astaman yang pada hari ini telah digantung oleh Lembaga Disiplin UMNO seharusnya meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen. Beliau tidak layak untuk mewakili Parlimen Titiwangsa dengan imej buruknya yang dianggap sebagai tahi rasuah.
Semoga para pengundi di Parlimen Titiwangsa akan dapat membuka kotak pemikiran mereka bagi membuat perubahan. Cukuplah penipuan yang mereka lalui selama UMNO memerintah, buatlah perubahan agar nasib seluruh Komuniti Titiwangsa dapat di bela dengan sebaiknya.
Mohamad Nor Sahabudin
Timbalan Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

0 Comments:
Post a Comment
<< Home