Tuesday, May 03, 2005

KENG YAIK CAMPAK TAHI PADA AHLI KABINET

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa amat kesal atas kenyataan Dato' Seri Lim Keng Yaik yang juga Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi merangkap Presiden Parti Gerakan (Ahli Komponen BN). NST semalam (02 Mei 2005) memetik kenyataan Keng Yaik dan meletakkan tajuk berita: “KENG YAIK: KEEP RELIGION OUT OF SCHOOLS”.

Kenyataan beliau iaitu;

“Jika ada pihak yang mahu mengenengahkan isu-isu agama. Lakukannya di rumah, atau di kelas-kelas agama atau di tempat-tempat ibadah” benar-benar mencabar kewibawaan Kabinet Pak Lah yang kini giat mempromosikan ‘Islam Hadhari’ secara terbuka.

Kenyataan itu dikeluarkan disaat Kabinet hangat membincangkan isu pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan sebagai usaha menarik perhatian pelajar bukan Melayu untuk belajar di Sekolah Kebangsaan. Reaksi beliau amat serius dan mengatakan bahawa itu adalah salah satu cadangan yang beliau usulkan bagi memastikan matapelajaran dan masalah berkaitan agama (Islam) dihadkan agar tidak menjadi halangan kepada pelajar bukan Melayu untuk memasuki Sekolah Kebangsaan.

Jika dibaca maksud yang tersurat sememangnya tiada apa – apa yang merungsingkan umat Islam atau mereka (bukan Islam), kerana sememangnya matapelajaran atau apa jua masalah berkaitan agama hanya dibincangkan di dalam kelas agama atau surau – surau sekolah. Jika ada perbincangan terbuka sekali pun, ianya hanya terhad untuk pelajar atau guru yang berkaitan (mengikut program agama masing - masing).

Tetapi secara tersirat, kenyataan beliau itu sebenarnya ditujukan kepada agama Islam dan beliau menolak apa yang dikatakan sebagai matapelajaran Pendidikan Islam, Tamadun Islam dan apa jua aktiviti Sekolah yang berkaitan agama Islam seperti sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Forum Islam dan lain-lain yang biasa diadakan di Sekolah kebangsaan secara terbuka.

Nampaknya, kenyataan beliau benar-benar menambahkan kesengsaraan yang terbeban dibahu Kabinet Pak Lah yang sebelum ini turut di serang bertalu – talu oleh Sisters In Islam dan kumpulan hak asasi yang inginkan Undang-undang agama yang mengawal moral dihapuskan. Pemikiran sempit Dr. Keng Yeik amat memalukan. Beliau gagal melihat realiti Sekolah Kebangsaan yang sebenarnya tidak pernah mengenepikan pelajar bukan Islam untuk menjalankan aktiviti keagamaan mereka.

Tidak perlu disalahkan matapelajaran agama kerana matapelajaran itulah yang mendidik para pelajar untuk mengenali agama dan disiplin diri. Daya pemikiran Dr. Keng Yeik amat lemah, selemah talian letrik TNB yang kerap terputus hingga menyebabkan ideanya gelap gelita tanpa arah tuju yang nyata. Kenyataannya juga mengambarkan jiwanya yang keruh, sekeruh air yang dijual oleh SYABAS, kerana tidak melihat agama itulah yang menjadikan seorang pelajar itu menjadi baik dan berakhlak.

Kenyataan beliau itu juga seumpama mencampakkan tahi ke atas kepala ahli Kabinet yang beragama Islam dan menghina umat Islam di Malaysia. Walaupun apa pun yang beliau maksudkan, nyata sekali umat Islam kini berasa amat marah kerana beliau berani mempersoalkan agama Islam dan cuba menghadkan pengamalan serta pengajaran agama Islam pada tempat tertentu.

DPPWP ingin mengingatkan Dr. Keng Yaik bahawa Islam adalah agama yang membawa keamanan dan persahabatan. Umat Islam juga tidak dibenarkan memaksa orang bukan Islam untuk menganut agama Islam. Dalam Al-Quran, Tuhan kami (Allah) telah mengingatkan kami bahawa;

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Thaghut, ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t."

(Al-Baqarah:256).

Justeru itu, tiada apa yang perlu beliau takutkan bilamana pelajar bukan Islam belajar serta bercampur gaul dengan pelajar Islam di sekolah kebangsaan.

Di sudut yang lain, kenyataan beliau itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa UMNO gagal untuk memartabat Islam di mata pimpinan Parti Komponen BN yang lain. UMNO gagal mempertahankan agama suci bangsa Melayu. UMNO hanya mampu menjerit ‘Hidup Melayu’ bila tragedi 13 Mei 1969 berlaku tetapi bila agama Islam yang menjadi nadi kehidupan umat Melayu dicabar mereka menjadi seperti tikus yang disepak BABI !!!

Sekali lagi DPPWP mengingatkan pada golongan – golongan yang semakin ghairah mempersendakan dan mempersoalkan agama Islam yang menjadi nadi kehidupan umat Melayu agar menghentikan segala provokasi mereka. Jangan undang 13 Mei dan jangan cuba bermain api. Kesabaran umat Islam ada hadnya dan perlu diingat bahawa, api yang membakar umat Islam tidak akan padam selagi orang yang menyalakannya tidak hangus terbakar bersama ideologinya.

Kenyataan ini bukan untuk menghasut kerana DPPWP lebih berminat agar isu ini diselesaikan secara baik, dimeja rundingan. DPPWP mahu agar Kabinet Pak Lah mengeluarkan satu arahan tegas agar segala aktiviti atau kenyataan yang menghina atau mempersoalkan Islam disiasat dan diambil tindakkan.

Jika penyeludup DIESEL ingin di ISA atas alasan menyebabkan huru – hara dalam sistem ekonomi Negara, maka pihak – pihak yang cuba menghuru – harakan akidah umat Islam juga perlu di ISA’kan.

Kita sudah bosan mendengar jawapan helah atau sikap tidak serius Pak Lah dalam menangani Isu-isu rakyat khususnya yang berkaitan agama Islam. Antara jawapan popular yang Pak Lah biasa gunakan adalah…apa namaaa....Kita tengok dulu, kita akan kaji, tangguhkan dulu, dan banyak lagi.

DPPWP sekali lagi bertegas agar satu siasatan di lakukan ke atas Sisters In Islam dan juga beberapa Pertubuhan serta Individu yang menandatangani tuntutan agar Undang – undang agama dimansuhkan. Kita minta agar Sister In Islam diHARAMkan atau dibubarkan kerana pendirian pertubuhan itu tidak mengambarkan ciri-ciri persatuan Islam yang mewakili umat Islam di Malaysia. Mereka lebih kepada persatuan yang memperjuangan Hak Asasi tanpa sempadan akidah dan jika itulah matlamat mereka, seharusnya mereka menamakan persatuan mereka atas nama hak asasi bukannya atas nama persaudaraan Islam.

Kembali pada isu Dr. Keng Yeik , DPPWP mahu agar Dr. Keng Yeik menarik balik usul beliau dan meminta maaf pada umat Islam kerana cuba menimbulkan ketegangan antara agama. Seharusnya Pak Lah mengantung Jawatan Dr. Keng Yaik atau memecatnya sahaja memandangkan beliau gagal untuk menjalankan tugasnya sebagai Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi tetapi sibuk untuk mepersoalkan kerelevenan agama di sekolah Kebangsaan.

Sebelum ini beliau gagal untuk menangani krisis kualiti bekalan Air di Lembah Klang dan juga krisis bekalan Elektrik yang saban tahun menghantui industri dalam Negara. Seharusnya beliau menumpukan pada soal – soal yang berkaitan bidang kerjanya yang masih belum selesai dan bukannya membahaskan isu agama di sekolah Kebangsaan yang tidak seharusnya dibangkitkan oleh mana – mana Menteri sekalipun.

Herman Samsudeen
Exco
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com