XPDC Dakwah Siri 1 DPPWP
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli-ahli pemuda yang tegar bersengkang mata dalam merealisasikan program XPDC Dakwah Siri1 DPPWP semalam (9 April 2005). DPPWP bersyukur ke hadhat Illahi kerana sambutan seramai 130 orang pemuda PAS dari Wilayah Persekutuan dan Selangor telah membuktikan bahawa masih ramai lagi pemuda yang masih bersama kita dan berani berdakwah dan berjuang untuk Islam ditengah-tengah kekalutan ‘Islam Hadhari’
Program tersebut telah dimulai dengan ucapan Motivasi oleh Ust Idris Ahmad dan beberapa orang pimpinan DPPP di Taman Melewar pada jam 10.30 malam. 3 kumpulan telah dibentuk untuk tujuan edaran risalah dimana Ust Idris Ahmad timbalan Ketua Pemuda DPPP dan Ust Riduan Mohd Nor Ketua Pemuda DPWP telah mengetuai Kumpulan yang menuju ke Jalan P.Ramlee; Ust Nasaruddin Tantawi dan Ust Zuhdi Marzuki mengetuai kumpulan mereka ke Bintang Walk dan Ust Nik Abduh Nik Aziz dan Ust Azman Shapawi telah mengetuai kumpulan mereka ke Jalan Telawi Bangsar.
Ke semua rombongan tersebut telah bergerak keluar menuju kawasan yang ditetapkan bagi operasi edaran risalah dan jelajah Ibu kota Kuala Lumpur pada pukul 11 malam. Risalah Dakwah Kempen ‘Say no to’ hedonisme menjadi ‘buah tangan’ khas pemuda PAS kepada anak – anak Melayu yang selama ini dibiarkan hanyut dan rosak oleh pihak Kerajaan.
Bau arak dan kebisingan disko serta pub telah menyambut kedatangan Pemuda PAS di ketiga-tiga tempat ini. Pelbagai aksi yang sukar di terima oleh hati-hati umat Islam menjadi tatapan sepanjang XPDC, dari golongan berpakaian singkat, Hippies hinggalah kepada makyah dan juga kaki mabuk telah ditemui.
DPPWP berasa sedih kerana masih ada lagi anak-anak muda Melayu beragama Islam yang sanggup memperhambakan diri kepada tokey-tokey disko dan pub ini untuk menjadi penyambut tetamu, pelayan bar, penari dan ‘bouncer. Tanpa rasa segan silu ada juga yang berpelukkan dan melepak ditepi-tepi disko dan pub.
DPPWP juga melihat bahawa ketiga – tiga kawasan ini telah dimanipulasikan oleh pihak kerajaan khususnya dalam mempromosikan pelancongan berkonsepkan hiburan hedonis dengan sasaran utama adalah pelancong dari Negara barat dan Timur tengah yang kaya raya. Ini sekaligus menafikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan membuktikan bahawa kerajaan BN sememangnya tidak pernah ikhlas dalam membentuk imej masyarakat Malaysia yang berbudi pekerti dan bersih dari sampah hedonisma.
DPPWP juga sempat berkunjung ke laman KLCC pada Jam 1.30 pagi dan mendapati masih ramai lagi anak Melayu yang melepak dan bercengkerama di situ bersama pasangan masing – masing. Ketua Pemuda DPPWP, Ust Riduan bersama beberapa orang Pemuda telah turun kelapangan untuk menasihati setiap pasangan yang ditemui dan alhamdulillah tidak perkara yang tidak di ingini berlaku. Pendekatan mesra masyarakat telah diambil dengan usaha memberikan nasihat dan peringatan kepada sasaran yang di temui. Program telah di tamatkan kira-kira pada pukul 2 pagi dan DPPWP mengucapkan syabas kepada semua pemuda yang hadir kerana telah menunaikan sebahagian dari tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh Allah kepada semua insan sejak azali iaitulah ‘amal ma’aruf, nahi mungkar’.
Insya Allah DPPWP akan mempertingkatkan usaha dakwah bagi mengajak umat Islam kembali ke pangkal jalan. DPPWP juga berharap para pemuda berani untuk keluar berdakwah tanpa rasa malu dan takut, kerana kita harus bangga menjadi umat Islam, Umat Muhammad s.a.w dan Hamba Allah s.w.t.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home