Isu ‘Bible’ dalam bahasa Melayu cetus reaksi berbeza
Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Sikap rakyat Malaysia berbeza-beza berikutan tindakan Perdana Menteri membenarkan Bible berbahasa Melayu disebarkan di negara ini dengan syarat dicop atasnya untuk orang bukan Islam sahaja.
Ada yang menentangnya kerana takut orang melayu yang rapuh dengan akidahnya akan terpengaruh manakala ada yang menyokongnya dengan alasan supaya orang Melayu mengetahui apa kandungan kitab suci orang Kristian itu.
Tidak kurang juga yang menyokongnya dengan alasan kebebasan dan orang Islam tidak boleh menyekat dan mengekang pihak lain semacam itu dengan syarat orang Islam sendiri mempertingkatkan kerja dakwahnya khasnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri.
Bimbang
Ahli Dewan Negara, Senator Siti Zailah Md Yusuf melahirkan kebimbangan serta terkilan dengan tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan `Bible' diterbitkan dalam bahasa Melayu.
Menurut beliau, Abdullah sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sepatutnya mengkaji terlebih dahulu keburukan penerbitan kitab itu sebelum meluluskannya.
Beliau berkata, terjemahan dalam bahasa Melayu itu dikhuatiri akan mendorong serta mempengaruhi kehidupan lebih ramai bangsa Melayu terutama golongan remaja yang rapuh akidahnya.
Katanya, pihak kerajaan terutama Jabatan Agama Islam seluruh negeri serta pihak Majlis Fatwa perlu bertanggungjawab dalam menangani isu itu memandangkan terjemahan 'Bible' ke bahasa Melayu akan memberi kesan kepada akidah umat Islam terutama di kalangan mereka yang rapuh imannya.
Siti Zailah yang juga AJK Dewan Muslimat PAS Pusat terkilan dengan sikap Abdullah yang meluluskan Bible diterjemahkan dalam bahasa Melayu tetapi dalam masa yang sama tetap bertegas melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Menurut beliau, sikap `double standard' Abdullah itu akan menyebabkan pelajar Melayu menjadi mangsa kerana kegagalan dalam peperiksaan sehingga tidak layak untuk meneruskan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).
Tambahnya, isu bahasa bukan suatu isu yang kecil tetapi besar dan kerajaan perlu mengambil pandangan daripada pelbagai pihak antaranya golongan akademik, NGO, orang awam bagi menentukan hala tuju sebuah negara.
"Sebenarnya kedua-dua isu ini akan memberi kesan buruk kepada bangsa Melayu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, tengah hari tadi.
Menurut beliau, sepatutnya kerajaan berusaha menambahkan kefahaman rakyat terhadap huraian al-Quran serta perluaskan dalam penggunaan bahasa Melayu supaya rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dapat memahami ajaran Islam berpandukan al-Quran.
Beliau mempersoalkan sikap dan tindakan Abdullah sebagai Pengerusi OIC tetapi sanggup merasmikan Persidangan Kristian Sedunia.
"Sepatutnya sebagai Pengerusi OIC beliau perlu berusaha menjaga maruah dan akidah umat Islam bukan menjaga kepentingan peribadi," ujarnya.
Ulama WP tidak ada masalah
Sementara itu Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Salleh Sani setuju kitab `Bible' diterjemahkan dalam bahasa Melayu supaya pembaca kitab itu sama ada golongan Melayu, Iban, Kadazan, Cina dan kaum lain tahu isi kandungan kitab tersebut dan dapat membandingkannya dengan kandungan al-Quran.
Menurut beliau, apabila pembaca mengetahui isi kandungan ‘Bible’ mereka akan tahu bahawa ‘Bible’ itu bukan datang daripada Allah tetapi hanya ciptaan manusia dengan membawa cerita-cerita yang dicampuradukkan dengan khayalan.
"Apabila pembaca kitab ‘Bible’ sudah mengetahui isi kandungannya mereka dapat perbandingan yang jelas dengan al-Quran. Mereka boleh membezakan isi kandungan al-Quran tidak boleh ditandingi," katanya.
Mengulas terjemahan ‘Bible’ mempengaruhi orang Melayu khususnya golongan remaja beliau berkata, memang jelas agama Kristian banyak menggunakan peluang di atas kejahilan anak-anak muda Islam.
Tambah beliau, masalah sekarang pihak kerajaan tidak memgambil berat untuk meningkatkan kefahaman Islam serta menguatkan akidah anak-anak Melayu supaya mereka lebih berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Beliau berkata, mereka yang masuk Kristian bukan disebabkan percaya dengan isi kandungan ‘Bible’ tetapi disebabkan terdesak dengan keperluan semasa atau materialistik.
Benar atas dasar kebebasan
Dato' Ibrahim Ali, Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) ketika diajukan persoalan ini juga bersetuju bahawa Bible dalam bahasa Melayu tidak patut disekat atau diharamkan atas nama kebebasan.
"Dengan syarat kita juga hendaklah aktif berdakwah terutama sekali badan seperti Jakim yang diberikan tanggungjawab khusus untuk kerja sebegini," katanya.
Bagi beliau, cara menekan pihak yang tidak sefahaman sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh diterima lagi di zaman ini.
Bagaimanapun, beliau turut bimbang apakah remaja Islam khasnya sudah bersedia menerima perkara semacam ini.
-lanh/zs

2 Comments:
malaysia adalah negara bebas...
"Ustaz Salleh Sani setuju kitab `Bible' diterjemahkan dalam bahasa Melayu supaya pembaca kitab itu sama ada golongan Melayu, Iban, Kadazan, Cina dan kaum lain tahu isi kandungan kitab tersebut dan dapat membandingkannya dengan kandungan al-Quran.
Menurut beliau, apabila pembaca mengetahui isi kandungan ‘Bible’ mereka akan tahu bahawa ‘Bible’ itu bukan datang daripada Allah tetapi hanya ciptaan manusia dengan membawa cerita-cerita yang dicampuradukkan dengan khayalan.
"Apabila pembaca kitab ‘Bible’ sudah mengetahui isi kandungannya mereka dapat perbandingan yang jelas dengan al-Quran. Mereka boleh membezakan isi kandungan al-Quran tidak boleh ditandingi," katanya." ustaz awak telah menghina agama lain...itau tak haram ke...beringatlah...dlam malaysia bukan orang islam sahaja...malah kalu dikira...majoritinya adalah orang BUKAN ISLAM...tolong hormati orang bukan islam...pemudaWILAYAH..., kalu keluar isu orang islam mengangu kenteraman awam 5 kali sehari...apa awak akan buat...awak akan tersinggungkan sebab itu adalah agama awak...dan jangan sesekali membandingkan diantara agama...sebab Tuhan tahu dengan adanya satu agama bumi bukanlah bumi...renungkanlah bahawa hanya orang yang meragui agamnya takut akan agama lain mempengaruhi anak-anaknya...Tuhan Maha Tahu...Kenapa ada pelbagai agama...tolonglah belajar kenapa ada agama lain...jangan sempitkan pemikiran..,tanya Pak Lah kenapa dia benarkan ada Bible dalam bahasa melayu...sebab dia tahu dia tidak akan tepengaruh walaupun dia baca...hormatlah kepada orang yang percayakan Bible...
SUDAH NYATA KITAB BIBLE MENYELEWENG,TETAPI MENGAPA MEREKA MASIH BODOH UNTUK MEMPERCAYAINY? bukan kah hampir semua gereja m,enyimpan al quran di dalamnya?
Post a Comment
<< Home