Lembab, tidak jujur, tidak bijak, ngorok...
Apa kata Dr Mahathir mengenai Perdana Menteri:
* Lembab
* Tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan
* Tidak betul
* Tidak jujur
* Tidak bijak
* Menjatuhkan maruah negara
* Negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan
* Kerajaan hilang kewibawaan
Dengan senarai sebegitu pendek pun, adakah Abdullah masih layak untuk bertapuk di kerusi Perdana Menteri yang diserahkan oleh Dr Mahathir kepadanya itu?
Masih bermaruahkah untuk terus menjadi Perdana Menteri?
Sampai bila mahu terus ngorok? Tidur di waktu kerja (apa beza dengan ponteng kerja), di dalam mesyuarat, di dalam perhimpunan agung parti, di dalam persidangan antarabangsa?
Berselera di dalam ngorok?
Petikan berita Harakah:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai lembab dan tidak memberi tumpuan terhadap projek-projek pembangunan.
"Jika kita ada wang tapi tidak menggunakannya, ia tidak akan membina kekayaan. Negara ini banyak wang. Tapi jika wang itu disimpan saja, tidak digunakan, tidak ada orang akan dapat memanfaatnya dan nilai wang akan menurun disebabkan inflasi," kata Dr Mahathir dalam temu bual dengan majalah Off The Edge baru-baru ini.
Beliau turut menyebut bahawa wang diperolehi oleh Petronas setiap tahun cukup banyak dan ia boleh digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.
"Pada masa saya jumlah tertinggi yang pernah diperolehi Petronas ialah RM26 bilion, tapi kini meningkat RM86 bilion. Untuk mengatakan kepada rakyat bahawa kita tidak punya wang, itu tidak betul, tidak jujur," jelasnya.
Dalam wawancara 10 muka surat itu, Dr Mahathir terus mengulangi pendirian bahawa perbalahan yang berlaku di antara beliau dengan Abdullah bukan disebabkan masalah peribadi, sebaliknya berpunca daripada kegagalan Abdullah melaksanakan apa yang telah dirancang oleh kerajaan yang terdahulu.
"Apa yang berlaku dalam kes Jambatan Indah telah menjatuhkan maruah negara ini. Kita hilang harga diri dan hak apabila gagal berbuat sesuatu dalam negara kita sendiri. Apabila kita membiarkan hak dan maruah ini pergi kita hilang kebebasan dan kemerdekaan," katanya memberikan satu contoh yang mengakibatkan berlaku konflik di antara beliau dengan Abdullah
0 Comments:
Post a Comment
<< Home