Berkejar-kejar berbuat kebajikan
Menurut Utusan Khir Toyo kelihatan sedang melepaskan konvoi bantuan mangsa banjir Johor di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam semalam. Kerajaan Selangor dilaporkan menyerahkan sumbangan barangan bernilai lebih RM500,000 untuk mangsa banjir di JohorMenurut MB Negeri Maju itu:
Agak mengejutkan kerana sumbangan yang kita serahkan itu berjaya dikumpul dalam tempoh 24 jam.Antara yang menderma adalah Nirvana Memorial Park, MBSA, MPSJ, Sime UEP, Tesco dan lain-lain. Kerana sumbangan tersebut Utusan memberi liputan lebih suku muka termasuk gambar warna Khir seperti di atas.
Semalam juga Buletin Utama TV3 membawa berita kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan yang kerajaan negeri berkenaan akan menderma RM1juta melalui Perbadanan Menteri Besar manakala PAS Kelantan telah menyumbang wang tunai RM49,000 beserta 5 tan beras.
Menurut MB Kelantan, seramai 40 sukarelawan dari Briged Amal turut dihantar ke Johor untuk membantu kerja-kerja pemulihan di sana.Utusan membawa berita kecil berkenaan sumbangan kerjaan Kelantan ini (berbanding berita Selangor din atas)dengan memetik Tok Guru MB sebagai berkata:Sumbangan itu akan disalurkan secepat mungkin dan saya telah mengarahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk menyalurkan hari ini juga. Saya tidak mahu ia dilengahkan.
Mungkin Selangor kena tambah lagi sumbangannya. Takkanlah negeri pembangkang yang mundur dan serba-serbi hodoh dan buruk itu menyumbang lebih besar dari negeri yang paling maju di Malaysia?
posted by Roslan SMS 1:40:00 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home