Thursday, January 18, 2007

Tahniah Kepada Kerajaan PAS Kelantan, Derma RM1 Juta Kepada Johor


Oleh Tun Paduka Tuan

TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada Kerajaan Kelantan kerana bermurah hati menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta kepada Kerajaan Johor bagi membantu mangsa banjir di negeri berkenaan.

Langkah Kerajaan Kelantan itu sungguh mengharukan kita semua. Siapa sangka Kelantan yang dilaung-laungkan sebagai negeri paling miskin kerana ia berada di bawah pembangkang tiba-tiba muncul menjadi negeri penderma tertinggi untuk mangsa banjir di Johor, negeri yang berkarat dengan Umno.

Negeri-negeri lain, yang semuanya berada di bawah Kerajaan Umno dan BN, seharusnya merasa malu dengan tindakan Kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat itu. Semua Menteri Besar negeri-negeri di bawah Umno/BN sepatutnya memukul diri mereka sendiri apabila mengetahui langkah Kerajaan Kelantan itu!

Semua kerajaan negeri di bawah BN, dari Perlis hingga ke Sabah kena merasa malu. Paling memalukan lagi ialah apabila serentak dengan pengumuman Kerajaan Kelantan itu, Kerajaan Terengganu telah menghulurkan bantuan kepada Johor tetapi nilaian beribu kali ganda lebih rendah daripada apa yang Kerajaan Kelantan berikan
.

Sebanyak dua kali, Idris Jusoh (MB rambut keras) menyebut angka yang didermakan itu, iaitu sebanyak RM100,000. (Seratus ribu sahaja).

Semasa menyebut angka itu Idris nampak begitu berbangga dengan apa yang didermakan itu. Beliau merasakan Terengannulah satu-satunya negeri berderma sebegitu banyak. Tetapi kalau beliau ada maruah selepas beliau mengetahui kerajaan Kelantan menderma sebanyak RM1 juta beliau seharusnya segera menambahkan nilai dermanya sebanyak RM9,900,000. lagi.

Tidak mengapalah, mungkin Kerajaan Terengganu sudah tidak ada wang, kerana telah dibelanjakan untuk pesta Monsoon Cup baru-baru ini. Tetapi bagaimana dengan Kerajaan Negeri-Negeri lain. Macam mana dengan Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Perak Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Pahang yang kononnya merasakan diri mereka lebih kaya daripada Kelantan?

Sehingga ini tidak terdengar lagi mereka juga terbuka hati untuk menghulurkan bantuan kepada Johor. Setakat beri seluar dalam, coli dan magge tidak berbaloi. Apa lagi barangan itu mungkin diambil daripada syarikat-syarikat tertentu dan bukan dikeluarkan daripada kantung Kerajaan Negeri.

Dengan sumbangan Kerajaan Kelantan itu, maka jelaslah segala-galanya. Ia menjawab bahawa tuduhan dan ejekan kepada Kerajaan Kelantan selama ini, miskin, papa kedana, merempat, tidak betul sama sekali. Sebaliknya segala tuduhan itu terbalik dan terkena ke batang hidung diri mereka sendiri.

Jelas dengan huluran derma sebanyak itu menunjukkan Kerajaan Kelantan mempunyai wang dan ekonominya stabil. Kalau tidak ada wang dan ekonominya tidak stabil, sudah tentu Kelantan tidak mampu untuk menderma sebanyak itu kepada negeri yang selalu mengejeknya selama ini.

Dan bercakap fasal ada wang dan ekonomi stabil, mungkin orang tidak teringat siapakah insan yang siang malam memerah otak untuk mendapatkannya. Selalunya terjadi di dalam hidup manusia, apabila mereka sudah mendapat cahaya, mereka tidak pernah bertanya siapakah yang mengambil cahaya itu daripada Tuhan untuk menerangi kehidupannya
!

Selain itu, sikap Kerajaan itu juga menunjukkan keprihantinannya kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira sesiapa. Inilah sikap yang sepatutnya dicontohi dan diteladani oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri lain. Tidak memilih bulu atau bertindak pilih kasih. Mungkin atas amalan dan pendekatan inilah menyebabkan Kelantan sentiasa makmur dan rakyatnya tidak pernah gundah walaupun ditimpa masalah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com