Monday, January 15, 2007

BOIKOT PILIHAN RAYA SATU TINDAKAN BIJAK

Assalamu’alaikum wm.wrt.,

Tindakan yang diambil oleh PAS dan PKR untuk memboikot pilihan raya kecil Batu Talam adalah merupakan satu tindakan yang berani dan bijaksana. Tindakan ini perlu dilihat dari sudut untuk memperbaiki sistem pilihan raya yang dikategorikan sebagai amalan demokrasi yang terburuk dalam dunia moden sekarang ini. Hal ini dibuktikan melalui laporan yang dibuat oleh majalah antarabangsa The Economist [melalui The World in 2007, sebuah terbitan tahunan] menerbitkan Indeks Demokrasi 2006.

Indeks ini mengukur tahap demokrasi 167 buah negara di dunia. Pengukuran tahap ini melibatkan lima indikator atau petunjuk iaitu yang melibatkan proses pilihanraya, hak asasi dan kebebasan, proses pengurusan kerajaan, penglibatan politik dan budaya politik. Malaysia berada ditangga ke 81. Iaitu lebih teruk dari India [35], Mongolia [56], Sri Lanka [57], Filipina [63], Indonesia [65] dan Bangladesh [75].

Sangat menghairankanlah apabila daripada 167 buah negara, rakyat Malaysia yang kononnya maju dengan minda kelas pertama ini sebenarnya duduk terperosok di angka ke-81 dalam indeks demokrasi. Bayangkan negara Timor Leste yang kita kirim pasukan pengaman ke sana pun berada 16 anak tangga di atas kita iaitu pada kedudukan ke 65. Palestin yang bergelora itu pun pada tangga ke-79 iaitu lebih demokratik daripada kita.

Dalam semua keadaan dan dalam semua sektor kita kalah bersaing dengan Negara-negara luar. Rasuah kita yang paling parah, dalam hal demokrasi kita juga kecundang dan sebelum ini Foreign Direct Investment (FDI) ataupun pelaburan asing juga semakin kurang ke sini. Yang kita menang ialah menabur pasir ke dalam periuk nasi rakyat dengan menaikkan harga setinggi mungkin bagi setiap perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan, GLC dan swasta. Memaksa rakyat membayarnya, sekiranya mahu mengunakan perkhidmatan tersebut[Rujuk : http://n32.blogspot.com/]

Dalam ingatan saya, inilah merupakan kali ke-2 PAS memboikot menyertai pilihan raya. Pada pilihan raya ke-11 lalu, PAS juga memboikot pilihan raya di Sungai Lembing kerana disebabkan kecuaian pihak SPR mencetak kertas undi.

Boikot di Sungai Lembing disebabkan kemarahan yang meluap-luap di kalangan pemimpin, ahli dan pendokong PAS kerana UMNO/BN melakukan penipuan secara besar-besaran dengan menggunakan segala kemudahan yang ada pada sebuah kerajaan yang berkuasa yang menyebabkan parti-parti pembangkang terutama PAS mengalami kekalahan yang teruk.

Memboikot pilihan raya kecil pada kali ini memberi isyarat yang paling jelas kepada Abdullah Ahmad Badawi dan dunia luar bahawa system pilihan raya yang diadakan di Negara ini adalah pincang dan diragui akan keadilan dan kebebasannya.

Kebobrokan sistem pilihan raya ini diperakui oleh Pengerusi SPR sendiri, Abdul Rashid Abdul Rahman, beliau berkata bahawa undang-undang dan peraturan pilihan raya yang ada kini telah berusia 50 tahun dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa ini serta ia tidak lagi memberi ruang kepada SPR untuk menjamin keadilan.

Ia tidak lagi sesuai untuk terus wujud bagi semua pihak memandangkan keadaan sosial yang telah banyak berubah. Beliau mencadangkan agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi mengkaji semula undang-undang dan peraturan pilihan raya serta penstrukturan semula SPR. Kajian semula itu, katanya, selain memberikan lebih kuasa kepada SPR, ia juga bertujuan menjadikan proses pilihan raya lebih telus, adil dan saksama kepada semua parti politik dan rakyat negara ini

oleh: Tun Telanai
Untuk teks lengkap sila layari:-
http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai63.html

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com