KERAJAAN JOHOR LEMAH MENGURUSKAN EMPANGAN : RAKYAT MENANGGUNG DERITA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
No 17, Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya,86200 Simpang Renggam, Johor Darul Ta’zim.
Tel / Faks : 07-7554693 e-mail : dppjohor@yahoo.com
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(02/07)
KENYATAAN MEDIA
(30 Januari 2007)
TAJUK :
KERAJAAN JOHOR LEMAH MENGURUSKAN EMPANGAN : RAKYAT MENANGGUNG DERITA
Titah Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail meminta kerajaan negeri memandang serius tanggungjawab penyelenggaraan empangan yang menjadi kawasan tadahan air telah mendedahkan kelemahan kerajaan negeri Johor yang sebenarnya tela lama gagal mengendali dan menyelenggarakan empangan-empangan yang dibina diseluruh negeri Johor.
Dalam lawatan bagianda ke Empangan Semberong pada 20 Januari 2007 yang lalu (Bernama.Com) baginda telah melahirkan rasa kurang senang dengan keadaan persekitaran empangan tersebut kerana terdapat sapah sarap di dalam empangan yang membekalkan air kepada rakyat Johor.
Titah baginda ketika mengadakan lawatan ke empangan semberong ;
"Ini adalah satu pengajaran dan kerajaan negeri diminta tengok Empangan Sembrong ini dengan serius. Jangan biarkan sampah penuh kerana ini akan menghalang aliran air dan bila tersumbat inilah yang akan menyebabkan banjir".
Baginda juga menitahkan kerajaan negeri supaya mengambil tindakan terhadap sebarang pencerobohan yang dikesan di sekitar kawasan empangan itu.
"Sekiranya benar ada pencerobohan, kerajaan negeri kena ambil tindakan serta-merta. Ini melibatkan kesan jangka panjang kawasan empangan"
Ketika beberapa daerah di Johor mengalami krisis bekalan air pada tahun 2005, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah mengadakan beberapa tindakan dan kajian untuk mengenalpasti punca krisis ini berlaku termasuk mengadakan lawatan ke Empangan Semberong dan Empangan Machap.
Pada 20 Mei 2005, DPPNJ telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Johor dan diantara punca krisis air di Johor adalah disebabkan kelemahan menguruskan empangan.
Di antara isi kandungan memorandum tersebut, DPPNJ telah menyatakan bahawa punca utama krisis air di Empangan Semberong selepas mengadakan tinjauan ke lokasi arah bertentangan dengan Loji Air Semberong iaitu disekitar Kg. Sri Semangat 20 km daripada Kangkar Baru, Yong Peng adalah disebabkan berlakunya.
i. Pencerobohan Tanah
Terdapat penebangan pokok hutan tanpa kawalan disekitar Empangan Semberong sehingga dapat dilihat dengan jelas bukit-bukit yang gondol disekitarnya. Fenomena ini telah menjejaskan pembenihan awan di dalam kawasan empangan dan menjadikan hujan yang lebat tidak turun di sekitar empangan ini . Penebangan hutan secara rakus ini juga telah menyebabkan hakisan tanah dan meningkatkan pendedahan permukaan tanah kepada matahari. Fenomena ini telah mempercepatkan sejatan air seterusnya menyebabkan empangan menjadi kering. Sebagai catchment area, Empangan Semberong yang menyalurkan air ke Loji Air Semberong adalah bergantung sepenuhnya kepada punca air daripada hujan sahaja. Kekurangan hujan di kawasan ini telah menyebabkan paras air berada 1.5 meter di bawah paras kritikal(Catatan 12/5/2005)
ii. Aktiviti Pertanian Secara Haram
Kawasan tanah yang telah diceroboh di sekitar empangan telah di tanam dengan tanaman kelapa sawit dan sayur-sayuran seperti penanaman lada. Tanaman secara haram ini menggunakan baja secara intensif. Baja ini akan menyerap ke dalam tanah dan sebahagiannya masuk ke dalam empangan dan seterusnya mencemarkan air di dalamnya.
Manakala di Empangan Machap pula, DPPNJ telah mengenalasti beberapa aktiviti yang tidak sepatutnya berlaku.
i. Aktiviti Pertanian Secara Haram
Agak memeranjatkan apabila DPPN Johor mendapati terdapat pokok-pokok kelapa sawit yang berusia kurang setahun sehingga lebih 10 tahun telah hidup di sekeliling empangan Machap. Tanaman secara haram ini menggunakan baja secara intensif. Baja ini akan menyerap ke dalam tanah dan sebahagiannya masuk ke dalam empangan dan seterusnya mencemarkan air di dalamnya.
ii. Aktiviti Penternakan Lembu secara kormersial.
Agak pelik apabila DPPN Johor dapat mengesan terdapat projek penternakan secara kormersial yang dijalankan di tepian empangan dan di kawasan tengah empangan. Beberapa kawasan yang diasingkan dengan membina parit untuk mengelakkan lembu keluar dapat dilihat semasa lawatan dibuat. Rombongan DPPN Johor juga mendapat tahu bahawa ketika lawatan ini diadakan, sebanyak 180 ekor lembu telah berada di tengah-tengah empangan di atas nama proses penternakan.
Kerugian akibat dua banjir besar di Johor dalam tempoh sebulan sejak pertengahan bulan lalu yang dianggar mencecah lebih RM500 juta oleh Pengarah Direktorat Pengurusan Krisis dan Bencana Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Che Moin Umar (Berita Harian, 22 Januari 2007) manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan menanggung kerugian RM1.5 bilion akibat dua ‘gelombang’ banjir terutama di Johor, sejak pertengahan bulan disember (Berita Harian, 30 Januari 2007). Sekiranya kerajaan Johor peka dengan pandangan rakyat terhadap kelemahan yang dilakukan. Namun, apabila pandangan itu lahir daripada parti pembangkang maka ia hanya akan dibakulsampahkan.
Teguran TMJ ini sudah semestinya merupakan ‘bonus’ kepada PAS/BA kerana ia mendedahkan kelemahan UMNO/BN di Johor. Kelemahan kerajaan pimpinan UMNO/BN di Johor dalam menghadapi banjir besar dan menyebabkan punca berlakunya banjir akan terus dibongkar supaya rakyat ‘tersedar’ bahawa UMNO/BN terlalu lemah untuk terus memimpin rakyat di negeri Johor.
Sekian.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/
0 Comments:
Post a Comment
<< Home