Menekuni kata-kata Allah dari musibah banjir
Semoga diteguhkan kesabaran saudara-saudara seislam di bumi Johor yang diuji oleh Allah melalui musibah banjir yang sedang berlaku.Setiap musibah dan bencana yang berlaku,diselitkan bersamanya kata-kata dari Allah yang sangat halus bunyinya untuk didengari oleh insan yang angkuh dan sombong.
Kata-kata berupa peringatan,gesaan supaya bermuhasabah diri,penyucian dosa,ujian kesabaran dan keimanan.Di era millenium ini,kerap benar Allah menurunkan peringatan kepada ummat islam khasnya.Mungkin menyeru kita berfikir dan merenungi,apakah kesilapan lampau dan apakah kesilapan semasa yang sedang kita lakukan.
Disember 2004,gempa bumi berukuran 9 skala richter melanda sumatera dan menghasilkan gelombang tsunami yang begitu besar.Di jepun,saya pernah mengalami kejadian gempa bumi tetapi hanya berukuran 5 skala richter.Itupun hampir-hampir menyebabkan saya berlari keluar dari rumah akibat ketakutan.Dikatakan,apabila bumi bergoyang mencapai 9 skala,manusia akan gagal berdiri tegap diatas tanah.Kejadian gempa di sumatera itu terlalu kuat sehingga menganggu sistem kitaran bumi beberapa milisaat.
Jika kita masih ingat juga,kejadian gempa bumi di Ban iran suatu ketika dahulu.Meragut terlalu banyak jiwa ummat islam.Sekali-sekala marilah kita berfikir,apakah i'tibar sebenar yang ingin disampaikan melalui bencana sebegini?Mengapa perlu kita menunggu bencana datang dan barulah tergesa-gesa mencari kesilapan?Bencana banjir di Johor,wajib menjadi pengajaran buat semua ummat islam dibumi Malaysia khasnya,dan seluruh dunia amnya.Ini bukan lagi waktunya untuk kita memasang angan-angan untuk meragui apa yang jelas termaktub didalam al-quran itu.Disana adanya ayat;
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menta'ati Allah)tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
Al-Isra' 16
Tidakkah kita ingin mengambil pengajaran?Lihatlah generasi muda di dalam negara.Tidak keterlaluan untuk saya bertanya,inikah modal insan yang ingin dibentuk oleh negara islam Malaysia?Artis dan penghibur diangkat ke suatu tahap yang melampau-lampau.Kes jenayah yang terus meningkat dari hari ke sehari.Rasuah yang berleluasa.Rakyat yang tertindas.Saya tidak nampak apa-apa kebaikan untuk kita masih boleh bersenang lenang dalam suasana sekarang.
Marilah kita sama-sama menilai kesilapan kita yang selalu dhaif dan lemah ini.Sesungguhnya bala Allah tidak mengenal muslim atau non-muslim,tidak mengenal manusia dan binatang.Apabila bala turun,ia adalah berbentuk umum,mengenai sesiapa sahaja.
I'tibar yang diambil bukan untuk sekadar peringatan,tetapi menuntut kita menhisab diri kita.Menginsafi dan berdoa semoga Allah menyelamatkan kita dari kemurkaan-Nya.Kita doakan dan harapkan,agar bencana yang melanda,dapat menyedarkan hati-hati yang angkuh,dapat menyuci segala dosa dan noda,dapat menjernihkan segala kekeruhan hati supaya hidayah Allah itu dapat turun dan menyelami segenap hati rakyat johor..
Tandanya Allah mengingati kita ialah dengan menguji keimanan kita....Teruskan bersabar!!
OLEH:syahid_zul (http://theriseofislam.blogspot.com/)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home