Thursday, January 25, 2007

Peminat futsal dijemput sertai Liga Futsal Terbuka Harakah

Salmiyah Harun
Wed Jan 24, 07 07:57:46 AM

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Hrkh) - Pertandingan Liga Futsal Terbuka peringkat zon tengah sempena 20 tahun Harakah akan menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai RM2,500 berserta medal dan piala untuk tempat pertama.

Hadiah untuk naib johan RM1,500, Ketiga (RM600), keempat (RM400), dan tempat kelima hingga ke lapan sebanyak RM200.

Sebanyak empat pasukan terbaik dari setiap zon berpeluang bertanding di peringkat pusat yang mana hadiah lebih lumayan akan ditawarkan.

Bagi pasukan-pasukan yang berminat merebut hadiah wang tunai dan masih belum mendaftar mereka tidak perlu risau kerana peluang penyertaan masih terbuka dengan menghubungi wakil penganjur di talian 019 3922736 (Abd Latif) atau 019 2779692 (Nizam).

Setiap pasukan akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM200. Tarikh tutup penyertaan pada 2 Februari 2007.

Pertandingan ini akan berlangsung pada 4 Februari ini di Sport Planet Ampang jam 9.30 pagi dan akan dirasmikan oleh pihak Pengurusan Harakah.

Menurut Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar, berharap usaha mengadakan sukan ini sambutan daripada orang ramai.

Beliau juga berterima kasih dengan pihak Sport Planet Ampang kerana memberi kerjasama yang baik dalam menganjurkan sukan ini.

Tambahnya, sukan ini masih terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengira kaum.

"Kita hanya mensasarkan 128 'team' sahaja untuk zon tengah, sekarang yang sudah berdaftar dengan kita sebanyak 50 pasukan, dan kami mengalu-alukan penyertaan lagi termasuklah badan bukan kerajaan," katanya dalam satu pertemuan khas.

Sementara itu, menurut Konsultan Mans Event Management, Azman Eusoff yang juga Perunding Kejohanan Liga Futsal ini, pihaknya telah membuat pelbagai promosi besar-besaran antaranya melalui banner dan poster di seluruh pusat-pusat futsal di Lembah Klang di samping pendekatan terus dengan penggiat sukan ini.

Beliau juga menaruh harapan yang tinggi untuk mendapatkan sebanyak mungkin penyertaan pasukan futsal di samping itu berharap agar usaha yang dianjurkan Harakah akan berterusan dan menjadi aktiviti yang kekal khususnya bagi remaja daripada mereka berterusan terdedah kepada aktiviti yang tidak berfaedah.

Jelasnya, sukan futsal ini dipilih kerana mengambil kira faktor logistik, misalnya di Lembah Klang menghadapi masalah kekurangan padang lagipun sukan ini tidak perlu ada kemahiran tertentu.

"Oleh itu kita amat yakin melalui sukan futsal ini adalah yang terbaik untuk mendekatkan Harakah dengan masyarakat umum,"katanya.

Beliau juga memberitahu, pihak penganjur akan memanggil beberapa pengadil yang bertauliah daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan antaranya akan diketuai oleh Awal Awaluddin. - mks.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com