Friday, January 26, 2007

UMNO TIADA hak HALANG PAS sebar MAKLUMAT



Rizal Tahir
Fri | Jan 26, 07 | 03:17:32 AM
KOTA BHARU, 26 Jan (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa menjelaskan kehadirannya ke Batu Talam beberapa hari lalu bukan untuk berkempen sebaliknya menjelaskan kepada rakyat sebab PAS memboikot pilihan raya tersebut.

Oleh itu beliau berkata, Umno tiada hak untuk melarang PAS bagi menyampaikan maklumat kepada penyokongnya.

“Kehadiran saya bukan untuk meraih undi sebaliknya menjelaskan sebab-sebab PAS memboikot pilihan raya terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan dua motosikal roda tiga kepada penduduk Orang Kurang Upaya (OKU) di Kota Darulnaim di sini, petang semalam.

Menurutnya, PAS sebuah parti yang sah dan tidak menjadi kesalahan untuk menjalankan aktivitinya di mana sahaja termasuk di Batu Talam.

“Jika tidak menyertai plilihan raya, tidak semestinya kami duduk diam di rumah. Ahli PAS kena diberitahu kenapa parti tidak menyertai pilihan raya itu,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, PAS tidak menghalang ahlinya untuk membuang undi pada hari pengundian Ahad ini.

Husam juga menafikan pengedaran risalah meminta ahli-ahli PAS supaya keluar mengundi dan berharap PAS Batu Talam membuat laporan polis mengenai risalah menggunakan logo parti itu.

Difahamkan hari ini dan esok beberapa lagi pemimpin PAS datang ke Batu Talam dalam siri menjelaskan pemboikotan pilihan raya tersebut.

Sebelum ini Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak dilaporkan mendakwa pembangkang cuba bersandiwara politik apabila menghasut pengundi melalui surat supaya jangan keluar mengundi pada Ahad ini.

Bagaimanapun pemimpin terbabit tidak menyatakan siapa yang menandatangi surat terbabit seolah-olah menggambarkan ia dicipta khusus bagi memburukkan PAS.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com