Saturday, February 10, 2007

Wayang kulit "Tragedi Insan Berembang"

Lebih 500 kutuk Yahudi di hadapan kedutaan Amerika

Zaili Muhammad

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - Laungan 'Hidup Islam!','Hancur Yahudi!' bergema di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dalam perhimpunan aman untuk mengutuk tindakan Yahudi laknaktullah yang melakukan kerja-kerja penggalian berdekatan Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

Perhimpunan tersebut dihadiri lebih 500 orang dengan diketuai Ustaz Riduan Mohd Nor bersama beberapa pimpinan PAS di antaranya Dr Hatta Ramli, Ustaz Idris Ahmad, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Hanifa Maidin, Ustaz Ahmad Awang, Ustazah Azizah Khatib Mat, Salahuddin Ayub,Dr Dzulkifli Ahmad dan beberapa badan bukan kerajaan seperti JIM dan ABIM.

Demonstrasi yang bermula pada jam 2.15 petang dari masjid Tabung Haji itu telah berarak ke kedutaan Amerika sambil dikawal ketat oleh lebih 100 anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sambil membawa poster yang mengutuk Yahudi dan Amerika.

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

Apabila tiba di kedutaan Amerika, Dr Syed Azman dengan diiringi Salahuddin dan Hanifa telah menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kedutaan berkenaan.
Selain berarak dan menyerahkan memorandum bantahan, beberapa pimpinan PAS telah berucap kepada orang ramai yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Menurut Dr Hatta, beliau kecewa dengan sikap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang gagal memainnkan sebarang peranan dan tindakan Israel yang cuba menimbulkan provokasi dengan menggali di sempadan masjid perlu dihentikan dengan serta merta.

"Kita kecewa dengan PBB yang gagal memainkan peranannya,"kata beliau sambil disambut dengan laungan takbir di kalangan peserta perhimpunan.

Perhimpunan itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Awang dan para peserta bersurai pada jam 3.00 petang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Friday, February 09, 2007

Lembab, tidak jujur, tidak bijak, ngorok...

Apa kata Dr Mahathir mengenai Perdana Menteri:
* Lembab
* Tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan
* Tidak betul
* Tidak jujur
* Tidak bijak
* Menjatuhkan maruah negara
* Negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan
* Kerajaan hilang kewibawaan

Dengan senarai sebegitu pendek pun, adakah Abdullah masih layak untuk bertapuk di kerusi Perdana Menteri yang diserahkan oleh Dr Mahathir kepadanya itu?

Masih bermaruahkah untuk terus menjadi Perdana Menteri?

Sampai bila mahu terus ngorok? Tidur di waktu kerja (apa beza dengan ponteng kerja), di dalam mesyuarat, di dalam perhimpunan agung parti, di dalam persidangan antarabangsa?

Berselera di dalam ngorok?

Petikan berita Harakah:

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai lembab dan tidak memberi tumpuan terhadap projek-projek pembangunan.

"Jika kita ada wang tapi tidak menggunakannya, ia tidak akan membina kekayaan. Negara ini banyak wang. Tapi jika wang itu disimpan saja, tidak digunakan, tidak ada orang akan dapat memanfaatnya dan nilai wang akan menurun disebabkan inflasi," kata Dr Mahathir dalam temu bual dengan majalah Off The Edge baru-baru ini.

Beliau turut menyebut bahawa wang diperolehi oleh Petronas setiap tahun cukup banyak dan ia boleh digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.

"Pada masa saya jumlah tertinggi yang pernah diperolehi Petronas ialah RM26 bilion, tapi kini meningkat RM86 bilion. Untuk mengatakan kepada rakyat bahawa kita tidak punya wang, itu tidak betul, tidak jujur," jelasnya.

Dalam wawancara 10 muka surat itu, Dr Mahathir terus mengulangi pendirian bahawa perbalahan yang berlaku di antara beliau dengan Abdullah bukan disebabkan masalah peribadi, sebaliknya berpunca daripada kegagalan Abdullah melaksanakan apa yang telah dirancang oleh kerajaan yang terdahulu.

"Apa yang berlaku dalam kes Jambatan Indah telah menjatuhkan maruah negara ini. Kita hilang harga diri dan hak apabila gagal berbuat sesuatu dalam negara kita sendiri. Apabila kita membiarkan hak dan maruah ini pergi kita hilang kebebasan dan kemerdekaan," katanya memberikan satu contoh yang mengakibatkan berlaku konflik di antara beliau dengan Abdullah

Wednesday, February 07, 2007

ISLAM AGAMA INDAH

Assalamulaikum wbt.
Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Sememangnya islam merupakan satu agama yang indah. Namun seperti permata dan berlian keindahannya seringkali tertimbus di bawah sampah sarap dan tanah selut. Demikian juga dengan islam. Amalan, akhlak dan tindak tanduk umat islam seringkali tidak cantik seperti agamanya justeru menjadikan kecantikan islam tertimbus di bawah akhlak hodoh, perangai keji dan tindak tanduk negatif yang dilakukan oleh orang yang berkata La ila Haillallah, Muhammad Rasulullah. Tindak tanduk orang yang bernama Ahmad, Mustapha, Abdullah, Danial, Zainal dan sebagainya menimbuskan kecantikan islam.

Justeru orang menjauhkan dirinya daripada agama sedangkan agama islam merupakan agama pilihan Allah berdasarkan firman Allah yang terdapat dalam surah Al-Imran yang berbunyi "In naddi naindallah hil islam" – agama yang di terima Allah cumalah agama islam. Agama islam adalah agama yang bukan direka oleh manusia. Tidak juga direka oleh Nabi Muhammad saw. Ia bukan agama ciptaan manusia. Ia agama anugerah Allah. Ia datang dari langit dan diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba Allah.

Justeru dalamnya terdapat ajaran yang komprehensif yang indah. Tiba-tiba yang sedang nampak kecantikan islam ini ialah golongan di barat. Ini fenomina akhir zaman yang cukup pelik. Orang islam sendiri seperti kita tidak nampak kecantikan islam. Sebab itu perbincangan kita tentang agama hanya berkisar kepada benda-benda cabang. Kadangkala melahirkan debat panjang tentang perkara ranting. Kita berdebat panjang tentang usalli ataupun tidaknya, tentang saidina ataupun tidaknya ketika berselawat sehingga menghodohkan agama dan melahirkan persengketaan. Di barat mereka tidak berbincang tentang islam seperti itu. Mereka cuba melihat permata dalam bentuknya yang asli.

Lantas mengikut Dalam National Catholic Reporter bertarikh 30 Jun 2006 pula, Margot Patterson melaporkan, "Walaupun pandangan negatif terhadap Islam sedang meningkat, namun jumlah mereka yang memeluk Islam sedang bertambah di kalangan rakyat Amerika pada hari ini."…Apa yang menyebabkan rakyat Amerika memeluk Islam? Mengikut R. Kevin Jaques, penolong profesor dalam bidang kajian agama di Universiti Indiana, Amerika sedang melalui suatu proses perubahan, gereja pula tidak memainkan peranan yang sepatutnya dimainkan olehnya, dan mereka yang (memeluk Islam) ini mencari sesuatu yang gereja tidak mampu berikan kepada mereka....Seterusny a Margot Patterson melaporkan Dr. Ihsan Bagby seorang professor madya dalam bidang pengajian islam di Universiti Kentucky, beliau juga merupakan salah seorang yang mempunyai data-data terperinci tentang keadaan umat islam di Amerika.

Beliau mengatakan, mengikut satu kajian yang dilakukan di Detroit menunjukkan bahawa orang-orang Amerika memang sedang memilih islam. Pada tahun 1994 kata beliau ¾ ataupun 75% daripada mereka yang memeluk agama islam datang dari kalangan Amerika Latin tetapi pada tahun 2000, 1/3 daripadanya merupakan pengganut islam dari kalangan kulit putih. Dalam bahasa utara kita berkata, Mat Saleh sudah memilih islam.

Mengapa ini berlaku?.
Maka professor Ihsan Bagby mengatakan, bagi mereka yang di barat khususnya di Amerika yang memilih islam ini, mereka melihat islam sebagai satu agama moral dan spiritual yang serius. Ini yang barat perlukan. Mereka perlukan satu agama yang berpegang teguh pada sistem moral dan spiritual. Pada ketika hari ini bangsa kita suka pada cara hidup yang tidak serius moral dan spiritualnya. Dunia sedang terbalik. Kita kena cipta lagu yang bertajuk dunia sedang terbalik. Akhirnya Dr. Ihsan Bagby berkata, "Bila orang barat mengkaji islam dan selepas mereka menapis pandangan-pandangan peribadi golongan yang anti islam, akhirnya selepas mereka menapis semua itu, apa yang mereka nampak?. Menggunakan bahasa Dr. Ihsan Bagby, beliau berkata, "They see a very organise, very beautiful religion ". Akhirnya mereka melihat satu agama yang paling tersusun dan paling cantik.

Tuan-tuan & puan-puan yang di muliakan. Adakah kita juga nampak kecantikan islam itu seperti yang mereka nampak di barat khususnya di Amerika pada hari ini? Kita tak akan nampak kecantikan islam andaikata kita sekadar membaca akhbar. Kita tak akan nampak kecantikan islam jika kita sekadar mendengar ceramah-ceramah. Kita tak akan nampak kecantikan islam jika kita sekadar melihat media masa. Kita akan nampak kecantikannya jika kita mengkaji al-quran. Jangan lupa al-quran kalam Allah. Itu yang kita imani. Jangan lupa setiap huruf yang terdapat dalam al-quran yang merupakan huruf-huruf daripada Allah azza wajjal. Allah memperkenalkan dirinya dan agama yang diredhoinya melalui wahyu.

Mari sama-sama kita mengkaji quran tuan-tuan & puan-puan. Kita telah mulakannya di musim ramadhan baru-baru ini dengan baik dan cantik sekali. Jangan berhenti di situ. Teruskan membaca dan mengkaji. Dari situ insyaAllah kita nampak kecantikan agama Allah yang sedang dilihat kecantikannya itu oleh semakin ramai golongan di barat sana. Agama islam cantik tetapi umatnya yang tidak begitu cantik. Sudah sampai masanya agama islam dilihat cantik dan kita umatnya juga di lihat cantik. Semoga itulah yang berlaku kepada kita.

Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 7 November 2006, hari Selasa jam 7.30 pagi di Mutiara FM pulau Pinang 95.7 mhz.