Jangan Beri Pasir, Ruang Udara Pada Singapura
KENYATAAN MEDIA (07 Februari 2006)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), berasa kesal dengan permintaan melampau Kerajaan Singapura berhubung isu pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor. Permintaan mereka agar kerajaan Malaysia memberikan Pasir dan membenarkan Jet Pejuang negara mereka terbang di ruang udara negeri Johor adalah tidak munasabah.
Kedua-dua permintaan ini tiada kaitan langsung dengan isu yang berlaku. Soal pokoknya sekarang adalah, kerajaan Singapura enggan bekerjasama untuk meneruskan Projek berkenaan. Sikap ego yang ditunjukan oleh pihak Singapura ini adalah keterlaluan dan tidak menghormati semangat ASEAN.
Sebagai negara jiran yang kecil, Singapura begitu sombong dan angkuh untuk bekerjasama dengan Malaysia. DPPWP berharap agar Singapura berfikiran jauh kerana selama ini Singapura juga turut bergantung harap dengan rakyat Malaysia serta rakan ASEAN lainnya untuk maju. Segala sumber air dan hasil bumi juga dikongsikan melalui Perdagangan pelbagai hala.
Oleh itu DPPWP bertegas agar Kerajaan Malaysia tidak melayan kedua-dua tuntutan ini memandangkan Malaysia juga telah menghabiskan dana untuk sebahagian projek tersebut. Tuntutan agar Jet Pejuang negara mereka dibenarkan terbang di ruang udara negeri Johor adalah hal yang mustahil kerana ia melibatkan soal maruah dan keselamatan negara. Oleh itu, Malaysia tidak harus tunduk dan mengalah begitu sahaja.
DPPWP berharap agar Singapura membuka mata dan bertolak ansur dalam hal ini. Harapan DPPWP dan seluruh rakyat adalah keharmonian sejagat, diharapkan isu projek tersebut dapat diselesaikan segera dan tidak menjadi projek Gajah Putih.
Walaubagaimana pun, buat masa ini DPPWP berharap agar Kerajaan Malaysia dapat menghentikan aktiviti pembinaan buat sementara sehinggalah keputusan muktamad dicapai antara kedua pihak. DPPWP tidak mahu Kerajaan bersifat terlalu gelojoh, kerana tindakan itu hanya akan dijadikan bahan ketawa oleh Kerajaan Singapura yang kini masih bermain tarik tali dalam hal ini.
“Selamatkan Malaysia, Jangan Jual Maruah Negara”
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home