Tuesday, February 07, 2006

PEMUDA PAS MENDESAK SEGERAKAN SURUHANJAYA BEBAS PENYIASATAN POLIS

KENYATAAN MEDIA DPPP

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengucapkan tahniah diatas usaha gigih Jawatankuasa Suruhanjaya Bebas yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi menyiasat kes wanita yang diarah ketuk-ketampi dan berbogel baru-baru ini dengan mengariskan prosuder tetap operasi berhubung dengan penyiasatan peperiksaan tubuh dan bidang kuasa yang berkaitan bagi tujuan tersebut.

DPPP kesal terhadap prestasi perkhidmatan PDRM walaupun sudah ada cadangan yang telah digariskan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah ditubuhkan sebelum ini. Tetapi perkara yang tidak bermoral dan beretika tetap berlaku dalam perkhidmatan PDRM.. Kejadian kes wanita yang diarah ketuk-ketampi baru-baru ini sekali lagi memperlihatkan bahawa PDRM tidak mematuhi apa yang dicadangkan oleh Suruhanjaya tersebut.

Kejadian ini tidak berlaku sekiranya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini. Ini bagi tujuan mencegah serta menghukum pegawai yang bertindak luar daripada kuasa yang diperuntukan. Dengan tertubuhnya IPCMC ini, DPPP yakin dapat mengurangkan kelemahan yang sediaada didalam PDRM. Ianya juga akan meletakkan PDRM lebih cemerlang dan mesra kepada rakyat kelak.

DPPP juga merasa kecewa kerana Kerajaan langsung tidak indah terhadap cadangan serta syor yang telah diberikan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah dimaklumkan kepada umum. Adakah setiap kes yang menampakkan kelemahan PDRM harus ditubuhkan Suruhanjaya Bebas? Walaupun syor yang telah diberikan akan mengambil masa yang telalu lama untuk dilaksanakan atau tidak dilaksanakan?

Harapan rakyat berharap kejadian yang dilokap baru-baru ini tidak akan berlaku lagi seperti yang lepas. Dengan perlaksaaan syor oleh Suruhanjaya Bebas ini akan mengelakkan rakyat sekali lagi dikejutkan dengan kejadian luar biasa oleh PDRM.

DPPP mencadangkan supaya setiap pandangan Suruhanjaya Bebas ini mesti diperturunkan kepada setiap anggota PDRM serta melaporkan perlaksanaan yang telah dilakukan oleh PDRM. DPPP juga mengesyorkan supaya ianya diberikan kursus kepada setiap anggota PDRM dari peringkat bawahan hinggalah pegawai atasan supaya memastikan setiap prosuder ini di ikuti dengan baik. DPPP yakin bahawa Suruhajaya seperti ini harus diketengahkan bagi memastikan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dihadap kepada pengadilan.



USTAZ HJ. IDRIS BIN AHMAD
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com