Friday, January 20, 2006

700 berkumpul bantah pindaan perkara 121 (1A)

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Kira-kira 700 orang berarak dari Masjid negara ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam membantah pindan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan menafikan hak Mahkamah Syariah dan hak orang Islam.

Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh PAS itu turut disertai beberapa Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) dan Parti KeADILan Rakyat (PKR).

Hadir sama ialah, Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu; Ahli Majlis Tertinggi PKR, Haji Abdul Rahman Othman; AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Dr Zulkifli Ahmad dan beberapa pimpinan Pemuda PAS.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, PAS melahirkan rasa kesal dan bimbang di atas cubaan pihak tertentu termasuk 10 menteri kabinet bukan Islam yang turut cuba mempertikai perkara 121 (1A).

"Ini hak umat Islam.121 (1A) telah dipersetujui.Ia diwujudkan pada tahun 1988 bagi menjaga hak umat Islam, jadi bukan Islam tidak perlu mempertikaikannya.

"Jika mereka mahu menegakkan hak mereka, mereka boleh cadangkan satu akta baru bagi melindungi hak agama mereka," katanya.

Sementara itu di pihak Suhakam, Professor Dato' Hamdan Adnan pula berkata, pihaknya menerima memorandum yang dikemuka PAS itu.

Beliau juga berjanji akan membawanya dalam satu mesyuarat khas Pesuruhjaya Suhakam Isnin ini.

Terdahulu sebelum itu pda jam 11.00 pagi, kira-kira 150 mhasiswa Islam berkumpul di hadapan Mahkamah Syariah sambil melaungkan bantahan ke atas pindaan Perkara 121 (1A) perlembagaan Persekutuan.

Bantahan itu dibuat atas nama Gabungan Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam yang mana tiga pertubuhan utama mahasiswa Islam terlibat iaitu, Gagasan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Karisma.

2 Comments:

At 7:16 PM, Blogger mikefisher0456402223 said...

I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. So please Click Here To Read My Blog

http://pennystockinvestment.blogspot.com

 
At 10:53 AM, Anonymous Anonymous said...

Конец лета наступает, депрессуху предвещает
Собираем чемодан и летим в далекий http://tai.com

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com