Thursday, January 19, 2006

PERARAKAN AMAN PERTAHANKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH (Artikel121 (1A))

Dahulu mereka kecoh nak buat
Majlis Perundingan Antara Agama (IFC)
Kini mereka bergabung kembali
dengan idea-idea yang lebih kurang ajar
Mereka cabar dan pertikaikan kuasa undang-undang Syariah.

bertopengkan prinsip persamaan dan keadilan
mereka cuba....
hapuskan kuasa mahkamah syariah
Mereka mahu urusan agama umat Islam
diuruskan oleh mahkamah sivil
mereka mahu mansuhkan Artikel 121 (1A)

Dengan kuasa Undang-undang sivil, mereka akan :
1. Mudah murtadkan umat Islam
2. Mudah murtadkan kembali saudara muallaf kita
3. Goda belia Islam minum arak sesuka hati
4. Bela para pelacur yang beragama Islam
5. Pertikaikan sistem pembahagian harta pusaka cara Islam
6. Bela tokey-tokey pusat perjudian yang rosakkan umat Islam
7. Bela wanita Islam yang tidak tutup aurat
8. Bela orang yang hina agama Islam secara terbuka....

Ya!!! hari ini mereka tak kacau keluarga kita lagi
tapi, ingat kes Jeslina Hashim,
mereka buli JAWI jadi Rumi
sampai terpaksa tarik balik tindakan tindakan undang-undang

ingat kes Moorthy, mereka berkeras nak kembalikan dia kepada agama asal
Walaupun sahabat tu dah arwah, mereka bawa kes tu ke mahkamah sivil.
Nasib baik kita ada Artikel 121 (1A), jika tidak???

Kita beri peluang yang sama pada semua rakyat untuk pilih agama
dan undang-undang syariah adalah hak umat Islam
Jangan biar mereka kacau.

Kepada semua umat Islam
Adakah anda sanggup semua ini terjadi kelak
Ayuh! kita berarak.
bersatu untuk kita menyekat tuntutan mereka

Undang-undang Syariah hak kita
bukan hak mereka untuk campurtangan!!!


Tempat :Dari Masjid Negara-Suhakam
Tarikh : 20 Januari 2006
Masa : Selepas solat Jumaat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com