PEMUDA PAS MENYOKONG TINDAKAN PELAJAR MENYAMAN KERAJAAN ISU PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS
KENYATAAN MEDIA DPPP:
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyangkal tuduhan oleh Biro Pendidikan Pemuda UMNO didalam laman webnya yang mengatakan Pemuda PAS mengeksploitasi pelajar sekolah dalam isu kes 4 orang pelajar yang diwakili oleh bapa mereka menyaman kerajaan Malaysia kerana menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar Metematik dan Sains di Makamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Januari 2006.
Sebagai sebuah Parti Politik yang sentiasa konsisten dalam isu-isu kemasyarakatan lebih-lebih lagi dalam isu pendidikan, malah kita tetap konsisten untuk mempertahankan tindakan 4 orang pelajar tersebut. DPPP menganggap tindakan 4 orang pelajar itu adalah wajar dan perlu diberi sokongan oleh semua pihak. Kita tidak rela untuk mengorbankan pendidikan oleh kerana kegelojohan pemimpin UMNO memperjudikan nasib pelajar di negara ini terutama pelajar luar bandar yang serba kekurangan. Tindakan ini perlu disokong kerana kerajaan Malaysia mempermain-mainkan dasar kebangsaan yang telah diterima pakai sebagai bahasa pendidikan.
DPPP kesal terhadap Pemuda UMNO yang kononnya untuk membela masyarakat khususnya orang melayu diam seribu bahasa dan hilang idealisma perjuangan. Pemuda UMNO yang sudah tidak ada kredibiliti dan daya juang. Pemuda UMNO sekarang jauh ketinggalan, berbanding dengan Pemuda UMNO di bawah al-Marhum Syed Jaafar Albar dan al-Marhum Datuk Harun Idris.
Kita mencabar Pemuda UMNO khususnya Ketua Pemuda UMNO yang menjadi Menteri Pelajaran supaya mendedahkan berapakah sebenarnya markah lulus Matematik dan Sains dalam Peperiksaan PMR yang lalu?. DPPP juga mencabar kalau benar-benar Pemuda UMNO memperjuangkan masyarakat luar bandar supaya mereka turun ke sekolah-sekolah luar bandar dan melihat sendiri secara dekat apakah pelajar-pelajar boleh mengikuti mata pelajaran Matematik dan Sains. DPPP juga mencabar Pemuda UMNO berdebat secara terbuka mengenai siapa yang mengkhianat dasar pendidikan di negara ini?.
DPPP tetap konsisten menentang dasar ini, selari dengan intelektual di negara ini seperti Datuk Dr. Aminuddin Wahid (Bekas Naib Cencelor UTM), Prof. Shahril Mat Zain, anak Melayu pertama mendapat Phd. dalam Matematik (Bekas Prof. Matematik UKM), dan ramai lagi cerdik pandai Melayu. Cuma yang menyokong dasar ini hanyalah pemimpin UMNO dan juga JKKK serta juga seperti pengerusi Pendidikan Pemuda UMNO.
DPPP akan membantu lagi pelajar yang berhasrat untuk meleraikan kemelut pelajaran mereka selama ini. Sokongan semua pihak amat kami alu-alukan untuk kebaikan anak-anak kita kelak. Hanya sejarah yang akan menentukan siapa yang mengkhianati pendidikan anak bangsa di negara ini.
USTAZ HJ. IDRIS BIN AHMAD
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat

0 Comments:
Post a Comment
<< Home