Badan bebas pantau polis:Cadangan untuk pastikan anggota patuh peraturan
Oleh Azmi Md Deros
KUALA LUMPUR: Laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang akan diedarkan kepada umum mulai Isnin ini, antara lain mencadangkan penubuhan badan luar dan bebas untuk menerima dan menyiasat aduan mengenai polis.
Pengerusinya, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, berkata penubuhan badan dikenali sebagai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis melalui satu akta Parlimen itu amat penting sebagai kesinambungan kewujudan suruhanjaya penambahbaikan yang tamat perkhidmatannya awal bulan ini.
Suruhanjaya bebas itu, katanya, akan memastikan setiap peraturan dalam PDRM dipatuhi sepenuhnya oleh pegawai dan anggota, manakala sebarang perlanggaran undang-undang oleh anggota dikesan serta diperbaiki segera.
Pihaknya yakin penubuhan badan bebas itu amat penting untuk meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap pasukan polis selaku agensi penguatkuasaan undang-undang dan penjaga keamanan negara.
Beliau berkata, peranan badan pemerhati luar dan bebas untuk menerima dan menyiasat aduan ke atas PDRM dan anggotanya selain mengesan, menyiasat dan menghalang berlakunya unsur rasuah serta mencegah salah laku yang serius dalam PDRM.
“Kita akan menyediakan draf rang undang-undang supaya satu akta mengenai penubuhan suruhanjaya bebas itu dapat dibentang dan diluluskan Parlimen.
“Kita juga mencadangkan tujuh pesuruhjaya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang pengerusinya mempunyai latar belakang perundangan atau setara dengan hakim mahkamah tinggi.
“Ahlinya pula tidak boleh dianggotai oleh polis atau bekas polis untuk memastikan ia benar-benar bebas dan telus dalam menjalankan tugasnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Hadir sama ialah setiausaha suruhanjaya itu yang juga Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Hamzah Md Rus.
Mohamed Dzaiddin berkata, badan bebas itu juga akan bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan agensi lain yang berkaitan.
Idea penubuhan satu badan bebas memantau pasukan polis itu diperoleh hasil lawatan suruhanjaya berkenaan di beberapa negara, termasuk Singapura, Australia, Hong Kong dan United Kingdom (UK) yang terbukti berjaya memantapkan pasukan polis mereka, sekali gus imej pasukan itu dihormati.
Beliau berkata, siasatan suruhanjaya itu juga mendapati ramai anggota polis yang terlatih tidak digunakan sepenuhnya untuk menjalankan tugas teras kepolisan menyebabkan pembaziran tenaga, kemahiran dan pengalaman.
“Sehubungan itu, kita mencadangkan supaya anggota terlatih itu diberikan tugas teras mereka, manakala tugas lain seperti mengambil dan menaip laporan polis dilakukan kakitangan awam dalam pasukan itu.
“Ia juga dapat mengatasi masalah kekurangan anggota polis dan mengurangkan bebanan tugas mereka,” katanya.
Mohamed Dzaiddin berkata, dalam laporan setebal 433 muka surat dan mengandungi 125 cadangan itu suruhanjaya itu turut menyarankan supaya PDRM memberikan tumpuan kepada tiga perkara utama, iaitu mengurangkan jenayah, membanteras rasuah dan memastikan hak asasi manusia dipatuhi sepenuhnya kerana isu itu banyak dibangkitkan.
“Cadangan yang terkandung dalam laporan itu adalah untuk membantu mewujudkan pembaharuan dalam doktrin polis, fungsi, organisasi, sistem pengurusan, perundangan dan bidang tugas mereka dan proses kerja.
“Objektif utamanya ialah mewujudkan perkhidmatan polis yang moden, bersemangat waja dan cekap, bersih dan amanah serta sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan negara dengan penuh integriti dan menghormati hak asasi manusia,” katanya.
Laporan itu yang akan mula dijual kepada orang ramai dengan harga RM100 senaskhah boleh diperoleh daripada pejabat suruhanjaya itu di Bangunan Wisma Selangor Dredging di sini.
Isnin ini, hanya naskhah Bahasa Malaysia dijual, manakala bahasa Inggeris mula dijual keesokannya. Sebagai permulaan, suruhanjaya itu mencetak 500 naskhah untuk diedarkan.
Laporan itu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 29 April lalu.
Kelmarin, akhbar melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, mesyuarat Kabinet memutuskan laporan lengkap suruhanjaya itu akan diterbitkan sebagai dokumen awam mulai Isnin ini.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home