Monday, October 18, 2004

Program Kempen Perangi Gejala Sosial & Sayangi Remaja

Petaling Jaya, 17 Oktober - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) telah melancarkan program perangi gejala sosial dan sayangi remaja iatu dengan membuat program turun padang dengan menggedarkan 2 risalah Kempen Perangi Gejala Sosial dan Salam Ramadhan serta buah tangan berbentuk "Pack Take Away" untuk berbuka puasa, di Pasar Ramadhan Kg Taman Medan, Petaling Jaya Selatan pada hari ahad lalu.

Tujuan program seumpamanya adalah untuk mendekati masyarakat khususnya remaja dan belia yang sekarang di telah terdedah dengan fenomena gejala soisal yang semakin meruncing. Sementara itu, risalah berkenaan mendedahkan keburukan gejala sosial dengan memberikan maklumat serta fakta terkini juga di edarkan kepada mesyarakat di situ. DPPNS juga mengambil iniasitif untuk memberikan buah tangan dalam bentuk bungkusan yang mengandungi buah Kurma, Lai & Limau serta sepotong hadis berkenaan ramadhan. Sempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini, amalan memberi makan kepada orang berbuka puasa sangat tinggi nilainya di sisi Allah swt.

Program sedemikian secara langsung memberikan gambaran bahawa PAS tidak sahaja memfokuskan politik semata-mata, malah lebih dari itu. Tanggungjawab sosial yang di mainkan oleh PAS perlu di perluaskan lagi. DPPNS juga telah mengarahkan semua Dewan Pemuda PAS Kawasan untuk turut turun mengadakan program seumpamanya. Galakkan program bersama PAS Kawasan & Dewan Muslimat Kawasan untuk turut serta.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan terus menjalankan aktiviti bersama masyarakat dalam usaha merealisasikan memasyarakatkan PAS. Semasa sidang media yang di adakan di Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, wakil harakah telah bertanya kepada Ketua DPPNS, Ustaz Sallehen Mukhyi, apakah lagi aktiviti yang akan di jalankan oleh pihak DPPNS. Ketua DPPNS yang juga Exco DPP Pusat menyatakan, "Telah banyak aktiviti yang telah di jalankan dan di susun. Antaranya Fiesta Sukan DPPNS iaitu mengadakan beberapa pertandingan bolasepak, sepak takraw, badminton dan juga sukan bowling yang telah berjaya di adakan di Bukit Beruntung, Rawang pada 19 September yang lalu. Kita juga sedang menyusun program pusat tiusyen untuk membantu remaja yang bermasalah dalam pendidikan yang di namakan PAKSI Educare yang akan di lancarkan tidak lama lagi.

Dalam program turun padang tersebut selain Exco-exco DPPNS, antara yang turut serta adalah Exco DPP Pusat Jamzuri Ardani, Jamaluddin Elias, Abd Rahman Sidek, Timbalan Ketua DPPNS Ustaz Ramli Sidom, Ketua-ketua DPP Kawasan dan wakil PAS Kawasan PJS.

Pada sebelah malam pula, DPPNS telah mengadakan majlis berbuka puasa di bantu oleh DPP Kawasan PJS di dewan orang ramai yang berhampiran. Ketua DPPNS, Ustaz Sallehen telah memberikan tazkirah ramadhan sebelum majlis berbuka puasa. Solat sunat terawikh bersama-sama masyarakat setempat juga di adakan di situ. Ustaz Ramli, Timb Ketua DPPNS telah memimpin solat sunat terawikh dan memberikan tazkirah selepasnya.

1 Comments:

At 11:49 AM, Anonymous Anonymous said...

salam sy osman dr EDUCATION MALAYSIA CONSULTANCY SDN BHD.Kami akan anjurkan taklimat dan pendaftaran pendidikan dan jaminan kerja untuk lepasan pmr dan spm tak kira ada kredit atau tak ada kredit di KELAB GOLFBUKIT KIARA (KLGCC)12 MAY 2013 pukul 10 pagi call 013 3114612 ktrgn lanjut

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com