Sunday, October 17, 2004

Kelab Malam Selepas Pukul 12 malam Di Kuantan

TEMERLOH 16 Okt (Hrkh)- Dewan Pemuda PAS Pahang mendakwa terdapat 20 pusat hiburan/kelab malam di Kuantan menjalankan perniagaan melebih jam 12 tengah malam. Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Nasruddin Hassan mendedahkan hasil pemantuan pemuda yang dibuat pada suatu malam minggu di Jalan Wong Ah Jang mendapati 10 kelab malam disitu beropersi melebihi jam 12 tengah malam.

Lokasi lain yang dipantau ialah Kelab Malam di Jalan Gambut 2 (1), Jalan Beserah (5), Jalan Alur Akar (2), dan Jalan Teluk Sisik (2). Menurutnya, pemuda membuat tinjau kesemua lokasi yang disyaki termasuk dijalan Wong Ah Jang, Jalan Haji Abdul Aziz, Jalan Stadium, di hadapan Hotel Shahzan dan Taman Asplanade bermula jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi. “Ia bertujuan untuk melihat sendiri kegiatan lewat malam yang terdapat di bandar Kuantan,” katanya.

Difahamkan Jalan Wong Ah Jang adalah lokasi paling banyak pusat hiburan dan pelbagai kegiatan maksiat terdapat di situ. “Kita hairan bagaimana pihak berkuasa tidak menjalankan operasi pembersihan di kawasan terbabit yang memang diketahui umum sebagai sarang maksiat,” katanya. Selain pusat hiburan, kegiatan persundalan juga berlaku di situ yang membabitkan pelacuran, pondan dan sebagainya.

Nasruddin menggesa pihak berkuasa berusaha mengurangkan aktiviti maksiat kepada tahap minima termasuk mengurangkan bilangan pusat hiburan dan kelab malam di Kuantan. “Terlalu banyak kelab malam di sini seolah-olah ia suatu keperluan kepada warga Kuantan. “Kita mendesak pihak berkuasa membuat kajian dan mengambil tindakan sesuai untuk membersihkan Kuantan daripada gejala sosial,” ujarnya. - BAW/zs

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com