Tuesday, May 30, 2006

Pemuda PAS mahu generasi ke 2 Unit AMAL terus berbakti

Photobucket - Video and Image Hosting

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Ustaz Nasharuddin Mat Isa diiringi oleh Salahuddin Ayub bertemu dengan para hadirin sempena Majlis Makan Malam Perdana Unit AMAL Malaysia (28 Mei 2006) yang bertujuan penjenamaan semula bersama uniform baru.

Protes harga minyak: FRU, polis belasah peserta perhimpunan

Oleh Saidatul Amani, Nabilah Abdullah & Azamin Amin
Harakahdaily

Sekali lagi rakyat digegarkan dengan tindakan ganas dan kejam anggota polis simpanan persekutuan (FRU) yang menjadikan peserta perhimpunan aman membantah kenaikan minyak umpama haiwan.

Seramai 20 aktivis termasuk dua wanita ditangkap dalam perhimpunan tersebut antaranya; Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Setiausaha DAP,Ronnie Liu; Timbalan Ketua Penerangan Pemuda KeADILan, Badrul Hisham Shahrin; Zulkifli Nordin; AJK Lajnah Pengguna PAS Pusat, Wardah Abdullah dan aktivis keADILan,Nora.

Bantah kenaikan harga minyak, elektrik

Perhimpunan aman itu bermula jam 10 pagi di hadapan Dataran KLCC, dipengerusikan oleh Badrul Hisham dan diikuti dengan ucapan Ketua Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Orang ramai mula berhimpun pada jam 9.30 pagi bagi melahirkan bantahan ekoran kenaikan harga minyak diikuti kenaikan tarif elektrik bermula 1 Jun ini.

Dalam ucapan itu Dr Hatta berkata, rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga minyak dan terkini diikuti pula dengan kenaikan tarif elektrik.

Kata beliau,apabila harga minyak naik semua harga barang-barang ikut naik dan ini telah menjejaskan kehidupan rakyat terutama mereka yang bergaji kecil apatah lagi mereka yang tidak bergaji.

Menurutnya, negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi tidak menaikkan harga sebaliknya kerajaan itu menurunkan harga apabila harga minyak dunia naik.

Tambah beliau, negara tersebut berkongsi keuntungan dengan rakyat contohnya harga 90 sen diturunkan menjadi 62 sen.

"Harga minyak dunia naik sepatutnya rakyat memperolehi keuntungan dan tidak munasabah rakyat yang terpaksa menanggung," katanya.

Polis guna 'water cannon' pada orang ramai

Ketika Dr Hatta berucap, helikopter berpusing di atas kawasan perhimpunan sebanyak tiga kali dan serendah lima kaki. Beliau terpaksa menghentikan ucapan kerana ketika itu akibat angin bertiup kencang menyebabkan daun-daun kering berterbangan dan suasana bising.

Photobucket - Video and Image Hosting

Laungan `hidup-hidup, hidup rakyat, jatuh-jatuh harga minyak, turun-turun harga minyak, Pak Lah-pak Lah turun, Najib-Najib turun'. Laungan itu berterusan sehingga helikopter beredar daripada kawasan tersebut.

Wakil mahasiswa, Lim Sok Swan turut mendesak kerajaan supaya menurunkan harga minyak.

Pada jam 10.41 pagi pihak polis mula memberi amaran dan melaungkan perkataan; `Diminta perhimpunan dihentikan serta merta atau kami akan huraikan dengan kekerasan.'

Ketika amaran diberikan wakil DAP, Ronnie Liu sedang berucap. Sebanyak tiga kali amaran diberikan dan ketika Ronnie berucap dalam bahasa Mandarin tepat jam 10.46 pagi, trak `water cannon' mula membuat semburan air ke arah peserta protes.

Photobucket - Video and Image Hosting

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Presiden Jim, Zaid Kamaruddin; Badrul Hisham ; AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar; Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Idris Ahmad dan peserta protes tidak berganjak dari tempat mereka membuat perhimpunan.

Mereka hanya berganjak apabila anggota FRU menyerbu dan menangkap Salahuddin, Badrul Hisham, Ronnie Liu dan aktivis lain dengan keadaan mereka yang basah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Keganasan FRU tidak dapat disangkal apabila menangkap seorang peserta protes umpama menangkap seekor binatang buas.

Lebih 15 orang menangkap seorang peserta protes. Perlakuan ganas itu juga berlaku terhadap Timbalan Setiausaha Agung KeADILan, Zahir Hassan, yang ditangkap di tengah jalan raya dan dibelasah ketika beliau bersama isteri dan anaknya mahu menyeberang jalan menuju ke bangunan Avenue.

Zahir dipukul di muka,di belakang badan dan (ketika berita ini ditulis) beliau sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Beliau dilaporkan akan terus dibawa ke IPK, Jalan Hang Tuah.

Dalam kejadian tersebut, beberapa orang anggota FRU menarik Zahir keluar daripada kepungan isteri, anak dan peserta protes lain. Dua orang FRU memapah Zahir untuk terus ditahan.

Sebelum itu, Ustaz Nasharudin, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Ustaz Idris Ahmad dikepung FRU dan dihalau supaya bersurai ketika FRU berlaku ganas terhadap peserta perhimpunan aman.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lebih 2000 orang berkumpul sejak 9.30 pagi untuk melahirkan bantahan rakyat terhadap tindakan drastik kerajaan menaikkan harga minyak yang sekaligus menyebabkan hampir semua barangan keperluan harian dan tarif elektrik naik secara mendadak.

Anggota FRU dan polis bersurai jam 11.25. Ketika mereka bersurai peserta protes melaungkan perkataan; "hidup rakyat, reformasi, FRU kaki pukul, FRU kaki pukul'.

Ekoran tangkapan 20 orang peserta protes itu, perhimpunan aman akan tetap diadakan.

Protes diteruskan, laporan Suhakam dan polis akan dibuat

Menurut Dr Hatta, dijangkakan ini merupakan bantahan kenaikan harga minyak yang terakhir tetapi disebabkan tindakan ganas pihak berkuasa demonstrasi akan diteruskan.

Ustaz Nasharuddin yang ditemui selepas beliau dihalau oleh FRU kesal dengan tindakan zalim kerajaan yang di luar perikemanusiaan dan tidak menghormati suara rakyat yang mengadakan perbincangan secara aman.

UNIT AMAL WP BERKEMPEN UNTUK KUTIPAN TABUNG PALESTINE

Photobucket - Video and Image Hosting

Oleh: MOHD SHAHRAINI ABU SAHID ( S/U Unit Amal WP )

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Unit Amal WP atas nama Lajnah Antarabangsa PAS Pusat telah turun padang ke Masjid Negara dan Masjid Kg. Baru bagi meneruskan kempen Kutipan Tabung Palestine yang telah dilancarkan oleh Lajnah Antarabangsa PAS Pusat yang dirasmikan oleh Presiden PAS di Taman Melewar baru-baru ini.

Bersama-sama pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat iaitu Dr. Syed Azman Syed Nawawi, seramai 25 orang petugas Unit Amal mencari sasaran di pintu-pintu masuk utama sekitar Masjid Negara dan Masjid Kg Baru dengan membawa tabung-tabung derma. Dengan memakai baju tshirt yang disediakan dengan slogan ' Bantulah Palestine ', Unit Amal kelihatan begitu semangat walaupun dalam keadaan panas terik.

Photobucket - Video and Image Hosting

Disamping itu, Pemangku Ketua Pemuda PAS WP iaitu Sdr. Kamaruzzaman juga telah menyertai kempen tersebut dengan memegang sepanduk 'Support Palestine' dan melaungkan kata-kata ' Bantulah Palestine '.

GMI berjaya tingkat kesedaran kezaliman ISA

Oleh Anis Nazri
Harakahdaily

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak boleh dianggap gagal kerana tidak berjaya berkempen untuk memansuhkan akta drakonian itu, tetapi perlu melihat tahap kesedaran orang ramai mengenainya.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata walaupun akta itu terus digunakan untuk menentang kebangkitan rakyat, kesedaran rakyat hari ini mengenai akta zalim itu makin meningkat berbanding dahulu.

"Keadaan itu menunjukkan rakyat mula faham dan sedar tentang kezaliman akta yang menahan tanpa bicara. Jika dahulu, hanya kaum Cina yang menentang kezaliman ISA, tetapi sekarang semua kaum turut sepakat menentangnya," kata beliau ketika ditemui selepas majlis sempena lima tahun GMI di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Sabtu, 27 Mei lalu.

Katanya lagi, kempen GMI di seluruh negara juga berjaya mengubah pendirian isteri-isteri tahanan daripada berdiam diri kepada bangkit bersama-sama menentang penahanan suami mereka.

Perubahan itu, jelas beliau merupakan antara kejayaan GMI yang mengadakan pelbagai 'roadshow' penerangan bagi membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat, di samping usaha untuk menekan kerajaan memansuhkan akta ISA.

Dalam pada itu, beliau menaruh harapan tinggi kepada PAS sebagai parti politik pembangkang terbesar di negara ini untuk sama-sama menentang akta ini yang jelas 'haram'.

"Sebagai parti Islam, isu ini tidak boleh dipandang begitu sahaja tetapi perlu diperjuangkan secara serius. Bukan tidak ada pimpinan PAS yang menyokong kempen kita, tetapi tak ramai. Kita harap lebih ramai lagi pimpinan PAS yang mendokongi dan terlibat dalam program-program yang GMI anjurkan," jelas beliau.

Beliau turut meminta PAS agar menjadikan isu ISA sebagai salah satu agenda utama dalam perjuangan mereka menentang kezaliman.

Majlis malam itu dihadiri oleh bekas-bekas tahanan ISA; Ketua Penerangan PAS Gombak, Saari Sungib; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua; Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor; Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Ustaz Badrul Amin Baharun, dan Hishamuddin Rais.

Antara pimpinan PAS yang hadir, Setiausaha Pemuda PAS, Ahmad Sabky Yusoff; dan AJK Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Tuesday, May 23, 2006

MAKAN MALAM PERDANA BERSAMA MURSYIDUL AM PAS ANJURAN UNIT AMAL DPP PUSAT

Photobucket - Video and Image Hosting

Unit Amal DPP Pusat akan menganjurkan Makan Malam Perdana Amal bersama :

1) Ybhg Tn. Guru Hj. Nik Abd. Aziz Hj. Nik Mat ( Mursyidul Am PAS )
2) Ybhg Ust. Nasharuddin Mat Isa ( Tim. Presiden PAS )
3) Ybhg YB Salahuddin Ayub ( Ketua DPP Pusat )

Tarikh : 28 Mei 2006 (AHAD)
Tempat : Dewan Fadzil Nor, Taman Melewar.
Masa : 8.00 malam
Tiket : RM 40.00

Tujuan diadakan program ini adalah untuk mendapatkan dana untuk Jambori Unit Amal Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Sabah pada ulan Ogos 2006.

Selain daripada Jambori Amal Kebangsaan ini, beberapa program telah diaturkan oleh Unit Amal Negeri Sabah antaranya ialah melawat perkampungan orang asli di Sabah disamping menjalankan kerja dakwah dengan memperkenalkan Islam kepada masyarakat Sabah.

Majlis Makan Malam ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Amal W.Persekutuan & Selangor yang mana pengarah program ini ialah Sdr. Azmi (Unit Amal Selangor ) dan Timbalan pengarah program ini ialah Sdr. Saripuddin Mohd Yatim ( Unit Amal W.P ). Selain daripada makan malam ini, berbagai acara juga yang telah disediakan untuk tetamu iaitu persembahan Nasyid, tayangan video dll.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk menyertai majlis makan malam ini dengan membeli kupon tiket untuk sama-sama memberi sumbangan kepada Unit Amal Pusat dalam menjayakan Jambori Amal Kebangsaan. Tiket-tiket boleh didapati dari wakil Unit Amal seluruh negeri. Untuk yang tinggal di Kuala Lumpur, bolehlah mendapatkan tiket tersebut daripada wakil kami iaitu :

1- Saripuddin Mohd Yatim - 019-3638570
2- Rashidi Abd. Razak - 016-2857735
3- Abd. Rahman Mohd Ali - 012-3020596

Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyertai majlis makan malam ini, tuan/puan juga boleh terus menyumbang sumbangan tuan puan kepada wakil Unit Amal Negeri tuan/puan atau nama yang tertera diatas untuk di Kuala lumpur.

Sekian ..


MOHD SHAHRANI ABU SAHID
( Setiausaha Unit Amal W.Persekutuan )

Monday, May 22, 2006

PENDUDUK BANTAH 7-ELEVEN JUAL ARAK

Photobucket - Video and Image Hosting

Kuala Lumpur, Taman Melati Setapak. 13 Mei - seramai 400 penduduk Taman Melati, Setapak telah mengadakan satu bantahan di hadapan kedai 7- Eleven Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur. Bantahan tersebut bermula dari Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati dan di ikuti perarakan menuju ke hadapan kedai 7-Eleven. Tunjuk perasan tersebut di lakukan kerana di atas tindakan tidak berpuas hati penduduk terhadap kedai 7-Eleven menjual arak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sebelum ini, satu badan bertindak isu ini telah di tubuhkan dan satu memorandum bantahan telah di hantar pada 9 Februari 2006 kepada Pengurus Besar Conveniene Shopping Sdn. Berhad di Plaza Imbi. Memorandum bantahan ini ditandatangani oleh penduduk Taman Melati dan kawasan sekitarnya meliputi Kg. Setia Jaya, Kg. Wira Jaya, Flat DBKL, Taman Melati, Aparment Kenari, Setapak Indah, Taman Bunga Raya dengan kerjasama Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati. Memorundum ini juga di hantar salinan kepada Y.B. Prof. Datuk Dr. Abdullah bin Md. Zin (Jabatan Perdana Menteri), Y.bhg. Encik Ayud bin Hussin (Jabatan Pelesenan DBKL), Y.bhg Che Mat bin Che Ali (Ketua Pengarah, Kompleks Pusat Islam), dan Dato’ Dr. Ma’omor bin Osman (Presiden, Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Malangnya, pihak pengurusan Conveniene Shopping Sdn. Berhad masih belum mengambil apa-apa tindakan. Penduduk Taman Melati amat kecewa dengan perkembangan ini, seolah-olah tidak sensitif dan peka terhadap 97% penduduk Melayu Islam di kawasan ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lanjutan daripada itu, satu kempen mengboikot kedai tersebut di lancarkan. Banner turut di gantung di sekitar Taman Melati dan edaran risalah mengbaikot 7-Eleven di lakukan. Tidak cukup itu sahaja, malah poster turut di tampal dilaluan utama dan sekitar Taman Melati. Ekoran dari itu, demotrasi telah di adakan selepas solat Jumaat bermula di Masjid Sallehuddin Al-Ayubi dan perarakan menuju ke kedai 7-Eleven. Pelbagai spanduk di naikkan, antaranya Boikot 7-Eleven selagi Arak Di Jual, Arak Ibu segala Maksiat, Islam Hadhari benci Arak dan sebagainya. Perarakan tersebut di ikuti dengan laungan menboikot 7-Eleven, Kami Benci arak. Ucapan turut di adakan menguntuk keras tindakan 7-Eleven menjual arak di kawasan itu oleh wakil penduduk. Pada jam 6.00 petang pula, risalah boikot 7-Eleven di edar di pasar malam Taman Melati.

Satu perjumpaan turut di adakan dengan Wakil Menteri Wilayah Persekutuan, Mohamed Hashim pada petang ini jam 6.00 petang. Satu salinan surat Bantahan dan Memorandum di serahkan kepada beliau sebagai wakil menteri. Beliau bersetuju dengan tindakan ini dan berjanji akan mengambil tindakan. Kempen mengboikot ini akan terus dilakukan selagi kedai 7-Eleven tersebut masih menjual arak dan tindakan susulan akan di lakukan sekiranya tiada tindakan di ambil oleh Conveniene Shopping Sdn. Berhad tersebut.

Sunday, May 07, 2006

SAMBUTAN ULANGTAHUN GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) KE 5

Photobucket - Video and Image Hosting

GMI yang ditubuhkan pada 2001 ketika sepuluh aktivis reformasi ditahan di bawah akta ISA. Mereka yang ditahan ketika itu ialah Ezam Mohd Noor, Saari Sungib,Hishamuddin Rais, Tian Chua, Badaruddin Ismail, N. Gobalakrishnan, Ghani Haron, Raja Petra Kamarudin,Badrulamin Baharom dan Lokman Noor Adam. Kesemua mereka adalah para aktivis reformasi yang berpengaruh.

Dalam penghakiman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia, penahanan mereka itu tidak sah dan mala fide (berniat jahat). Lembaga Penasihat ISA juga berpendapat yang sama dan mencadangkan supaya tahanan Reformasi tersebut dibebaskan.

Selain daripada mereka ramai lagi tahanan ISA yang kini masih merengkok dibalik tirai besi kezaliman Akta ini. Mereka ditahan tanpa bicara dan tanpa dibuktikan apakah kesalahan mereka di Mahkamah.

Mereka ditahan, disekat kebebasan dan dilayan macam haiwan yang tiada hak untuk didengar dimahkamah. Sah! ISA mala fide!

Sahutlah seruan...Datanglah beramai-ramai ke Sambutan Ulangtahun GMI ke 5!!!

Tarikh : 27 Mei 2006
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 mlm-11.00 mlm
Tempat : Dewan Sri Damai, Kelab Century Paradise,Taman Melawati


"Bebaskan tahanan ISA, Mansuhkan ISA!"

SIASAT SEGERA YB. MOHD SAID YUSOF

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat segera YB. Mohd Said Yusof, Ahli Parlimen Jasin dengan merujuk usul tergempar YB. Lim Kit Siang berhubung isu Kastam yang mana Seorang Ahli Parlimen dikatakan ‘mengganggu’ Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung kes rampasan kayu bergergaji yang dibawa dari Indonesia di Sungai Linggi, Melaka. Walaubagaimanapun amat kesal juga kepada intergriti Ahli Parlimen yang lain tidak memperjuangkan kebenaran walaupun di Parlimen.

Demi menjaga integriti Parlimen keseluruhannya, DPP Pusat amat merasakan BPR harus bertindak segera untuk memastikan nama baik Parlimen Malaysia terpelihara serta Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Badawi yang begitu serius untuk menentang rasuah juga mesti membuktikan matlamatnya walaupun ianya dalam bentuk penyalahgunaan kuasa oleh Yang Berhormat. Jangan hanya pesalah-pesalah yang terlibat rasuah ini kepada individu-individu yang kecil sahaja tetapi harus semua golongan di buktikan.

DPP Pusat juga menegaskan berdasarkan laporan Polis yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Melaka dan Angkatan Muda Keadilan Rakyat Melaka berhubung isu tersebut pada 5 Mei lalu harus juga di segerakan. DPP Pusat yakin bahawa usaha ini akan mendorong Polis untuk mempertingkatkan kepercayaan rakyat terhadap Polis dengan imej baru. Isu seperti ini mesti di segerakan untuk memelihara Parlimen yang mewujudkan kuasa Negara.

DPP Pusat merasakan bahawa Parlimen Negara dibawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen perlu mengambil tindakan tatatertib kepada YB. Mohd Said Yusof kerana menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen, bukannya berkaitan Ahli Parliman yang menyokong usul tersebut dengan mengalih isu yang lebih penting iaitu integriti dan penentangan rasuah oleh Negara.

DPP Pusat amat yakin pernilaian oleh BPR, Polis dan juga Parlimen dengan tindakan yang akan memilihara nama baik Negara keselurahannya serta memastikan semua pihak tidak menyalahgunakan kuasa oleh semua organisasi yang di iktiraf oleh Negara. DPP Pusat akan memastikan kelompongan ini akan terus diperjuangkan demi Agama, Bangsa dan Negara. Akan tetapi semua pihak juga mesti berani untuk memilihara demokrasi di dalam Negara ini.



USTAZ HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda Pas Pusat.
019-2622141

KES PASTI AL-KAUTHAR DIDENGAR DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN 8 MEI INI.

Photobucket - Video and Image Hosting

Pasti Negeri Melaka sekali lagi menempa sejarah apabila salah satu Pasti di negeri itu iaitu Pasti Al-Kauthar (Taman Ayer Keroh Height) akan dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan setelah kesnya dibicarakan di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi.

Kes ini akan didengar di Istana Keadilan(Palace of Justice), Mahkamah Persekutuan di Putra Jaya pada 8 Mei ini jam 9.00 pagi.

Kes ini akan menentukan hala tuju Pasti Negeri Melaka dan Pusat.

Kepada sesiapa yg ada kelapangan..sila turun ke Mahkamah Persekutuan Putra Jaya..Sokongan anda di perlukan...

Friday, May 05, 2006

Tarif elektrik naik: Amaran Protes jadi kenyataan

Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Ramalan Gabungan Memprotes Kenaikan Minyak (Protes) bahawa kos sara hidup rakyat akan bertambah berikutan kenaikan harga bahan bakar 28 Februari terbukti apabila kerajaan bercadang menaikkan kadar tarif elektrik.

Ini adalah lanjutan daripada kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Seri Lim Keng Yaik bahawa kadar tarif elektrik akan dinaikkan bermula bulan depan, kata Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Beliau yang juga Bendahari PAS, mendakwa kerajaan cuba mengelirukan rakyat apabila menjanjikan kadar tarif tersebut tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat.

"Belum sampai tiga bulan harga minyak naik, pengumuman yang menakutkan itu dikeluarkan," katanya kepada Harakahdaily hari ini bagi mengulas isu kenaikan kadar tarif elektrik.

Beliau berkata salah satu punca TNB menaikkan kadar tarif elektrik adalah kerana kos operasi meningkat berikutan kenaikan harga bahan bakar.

Protes juga meramalkan kenaikan tarif air tidak lama lagi, katanya.

"Tindakan rakus kerajaan jelas membebankan rakyat. Protes meminta kerajaan menimbang semula menurunkan harga minyak supaya kesan kos utiliti seperti elektrik dan air dapat dikurangkan, seterusnya meringankan kesusahan rakyat," katanya. - lanh

Monday, May 01, 2006

SELAMAT HARI BURUH DARI DPPWP

Pada hari ini, iaitu 1 Mei 2006, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) ingin mengambil peluang bagi mengucapkan selamat Hari Pekerja buat seluruh warga kerja negara. Bakti anda dalam membangunkan negara sememangnya satu pengorbanan yang besar yang tiada bergalang ganti.

Dalam kekangan massa yang menghimpit dan ditengah-tengah kemelut kenaikkan harga minyak hingga menolak krisis ekonomi ke tahap yang membimbangkan, kita juga perlu terus bekerja demi negara. Hakikatnya, kita adalah rakyat dan pekerja. Tanpa mengira sama ada kita berada dalam kelompok kakitangan kerajaan atau swasta, penyokong Parti Pembangkang (BA) atau Pemerintah Sementara (BN), kita harus serius dalam memperjuangkan kebajikan dan juga masa depan kita.

Pada hari ini, adakah kita berpuashati dengan gaji dan pendapatan kita berbanding wang yang perlu keluar setiap hari demi meneruskan survival hidup.

Kita perlu satu nada yang ampuh dan bersatu bagi mengangkat tinggi garis purata gaji asas ke mata yang melebihi RM 1500 atau lebih dari itu. Ganjaran hidup kita pada hari ini tidak setimpal dengan modal yang perlu kita bayar bagi keluar bekerja dan berhidup setiap hari.

Oleh itu DPPWP berharap agar adanya satu lonjakan paradigma hasanah pada kita untuk memutarkan kerajaan ada diatas kepada satu pasukan baru dalam Pilihanraya akan datang.

Ramai yang bertanya, mampukah parti-parti yang dicop sebagai pembangkang untuk menguruskan negara? mereka tiada pengalaman untuk pimpin satu negara? mereka hanya pandai cakap sahaja?

Tapi DPPWP yakin kerana PAS dan parti alternatif lain sudah bersedia lama ke arah itu. Namun rasukan BN dan tali barut media mendesak rakyat untuk melihat satu lambang sahaja dalam hidup mereka iaitu..dacing and dacing Sdn. Bhd. Mereka paksa rakyat berfikir bahawa BN itu Kerajaan dan Kerajaan itu BN.

Tapi mereka tak bagitau rakyat bahawa BN itu hanyalah satu parti yang juga bertanding dalam pilihanraya mengikut amalan demokrasi. Demokrasi rakyat mampu untuk tentukan siapa diatas. Tapi BN dah pakukan dalam otak rakyat bahawa, kalau BN tiada kat atas maka hujan tak turun, tanaman tak tumbuh, makanan tiada, semua kelaparan.

Inilah otak tembakul yang difirasatkan keseluruh maya pada ini. Tapi hakikatnya, yang songlap duit rakyat, BN. Yang bangkrapkan banyak syarikat kerana amalan politik dalam perniagaan adalah, BN. Yang habiskan duit rakyat untuk projek gajah putih, BN. Yang biarkan rakyat menderita kerana minyak naik, BN.

PAS tak pernah naikkan minyak. Tak reti nak hina perlembangaan Islam. Tak pernah bagi laluan kepada keganasan. Tak minat nak simpan ISA dalam senarai akta.

kita mahu kebahagian untuk semua rakyat.

Ayuh!!! tak kenal maka tak cinta...cubalah berfikir untuk berubah dan membuat perubahan, kita ubah kerajaan usang BN kepada Kerajaan Alternatif yang sedia berkhidmat untuk rakyat.

Kita dah tau kebobrokkan BN, maka jangan biarkan ia berterusan...ayuh kita bersatu untuk bangunkan negara dengan satu Kerajaan Baru yang lebih memahami rakyat.

-Herman Samsudeen

Ceramah PAS Putrajaya disekat

PUTRAJAYA, 28 Apr (Hrkh) - Ceramah umum anjuran PAS Kawasan Putrajaya yang dijadualkan pada 30 April ini di Dewan Utama Presint 16 dekat sini, terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir apabila kebenaran yang diberikan sebelum ini ditarik balik, dipercayai akibat tekanan Umno.

Daripada surat jawapan yang ditandatangani oleh Abdul Ghani Ahmad, tiada sebarang alasan diberikan, cuma menyatakan bahawa 'Perbadanan Putrajaya tidak dapat membenarkan'.

Majlis tersebut dijadualkan akan menerima tetamu undangan seperti Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Menteri di JPM, Dato' Ibrahim Ali.

Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Asrul Afendi Muhammad berkata, pihaknya mendapat permit ceramah daripada polis pada 24 April lalu, bagaimanapun permit tersebut ditarik balik atas alasan pihak penganjur belum mendapatkan kebenaran menggunakan premis daripada Perbadanan Putrajaya.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Wan Asrul tidak berhasrat untuk menyalahkan perbadanan, namun beliau percaya antara alasan utama yang diberikan bagi menolak permohonan PAS adalah atas dakwaan semua premis perbadanan tidak dibenarkan untuk tujuan politik.

"Mungkin jika Umno yang memohon, mereka akan luluskan," ujarnya.

Bagaimanapun Wan Asrul menjelaskan, dalam rundingan awal dengan pihak berkenaan, beliau diberitahu ceramah politik hanya dibenarkan dibuat dalam dewan tertutup sahaja kerana ke semua premis adalah milik perbadanan.

"Jika alasan ini diberikan maka ianya akan menyebabkan PAS Putrajaya tidak boleh mengadakan apa-apa ceramah umum, sepanjang tempoh sehingga pilihan aya akan datang,"

"Ini adalah suatu tindakan yang menyalahi sistem demokrasi, sudahlah ramai pengundi Putrajaya ditakutkan dengan pelbagai akujanji, ini menunjukkan di pusat pentadbiran kerajaan pun Umno tidak yakin dengan pengaruhnya," ujarnya sinis.

Bagaimanapun kes tersebut telahpun dirujuk kepada PAS Wilayah Persekutuan dan tindakan akan diambil sekiranya pihak perbadanan membenarkan Umno menggunakan mana-mana premisnya untuk apa tujuan sekalipun. - mr